Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nampak Macam Baharu, Ini Cara Mudah Hilangkan Kotor Pada Kasut Putih

Aina Munirah
cara hilangkan kotor kasut putih
Gambar: ImageFX

Nampak Macam Baharu, Ini Cara Mudah Hilangkan Kotor Pada Kasut Putih

Tidak hairan lagi, kasut merupakan salah satu aksesori yang mampu mengubah cara penampilan seseorang.

Dari kasut yang formal, sehingga kasut kasual, masing-masing mempunyai penjagaan khusus untuk memastikan agar ia tidak mudah rosak.

Setiap pasang kasut memerlukan teknik penjagaan dan cara yang betul untuk memastikan seseorang itu tampak kemas dan bergaya.

Namun begitu, mencuci kasut bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi jika kasut itu berwarna putih kerana memerlukan penjagaan yang lebih teliti.

Ramai yang menganggap, memasukkan kasut tersebut ke dalam mesin basuh, mampu menyelesaikan semua masalah.

Namun, tidak semua jenis kasut mampu dicuci menggunakan mesin basuh. Ini disebabkan oleh setiap kasut mempunyai jenis bahan yang berbeza.

Tindakan tersebut bukan sahaja mampu merosakkan kasut anda, tetapi turut merosakkan mesin basuh.

Jadi, apa cara yang betul untuk menghilangkan kotoran kasut?

Cara mencuci kasut yang kotor

Semasa mencuci bahagian tapak kasut anda, anda boleh mencuba menggunakan pengilat kuku. Anda boleh menyental bahagian permukaan yang bergetah pada kasut anda dengan menggunakan cairan dan kain pengelap.

Jika anda pernah mendengar span melamin,atau kebiasaannya digelar sebagai Magic Eraser, anda boleh turut menggunakan kaedah tersebut. Bahan tersebut juga terkenal dengan sifatnya yang mampu menyucikan kotoran tanpa memerlukan penggunaan bahan kimia yang lain.

Pakar juga menasihatkan untuk mengelap perlahan bahagian yang kotor menggunakan tuala yang kering. Jika tidak, air yang berlebihan akan menyebabkan muncul kesan yang ketara pada kasut anda.

Ubat gigi juga merupakan salah satu ejen penyucian yang berkesan untuk mencuci kasut. Anda boleh menyapu lapisan nipis ubat gigi pada permukaan yang kotor. Kemudian, tunggu sehingga 20 minit sebelum menyental kasut tersebut menggunakan berus lembut dan bilas kasut tersebut dengan air.

Bagaimana memastikan kasut sentiasa bersih?

Cara terbaik untuk memastikan kasut anda sentiasa bersih adalah dengan mengelakkan ia untuk menjadi kotor. Anda boleh menggunakan semburan pelindung kasut terlebih dahulu.

Walaupun semburan itu tidaklah sepenuhnya dapat mengelak kekotoran pada kasut, namun sedikit sebanyak ia boleh membantu. Sekiranya kasut anda itu jenis kulit, anda juga boleh menggunakan pelembab kasut khas.

BACA: Nampak Macam Baru Beli, Ini Rahsia Hilangkan Kesan Kuning Pada Bantal

Jadi, penjagaan kasut sememangnya penting untuk memastikan kasut yang dipakai sentiasa kelihatan bersih. Oleh itu, penjagaan yang teliti perlu dilakukan untuk memastikan kasut anda sentiasa kelihatan bersih dan menarik.

Sumber: Mental Floss