Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nampak Sedap & Menyelerakan, Abang Ni Kongsi Resepi Ringkas Buat Roti Pandan Gula Melaka

Gambar: Ritzuwan Syde

Pasti ramai diantara kita yang telah pun fikir nak jamah apa untuk minum petang ini bukan?

Goreng pisang, keropok lekor, biskut dan kuih muih dah selalu sangat rasa. Jadi hari ini kalau boleh mesti nak tukar selera sikit kan.

Usah khuatir. Seorang pengguna Facebook bernama Ritzuwan Syde ini ada berkongsikan caranya untuk membuat roti pandan gula melaka khas untuk minum petang ini.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Salam semua. Hari ni saya buat tiruvasi. Roti pandan gula melaka. Jom kita start.

Bahan-Bahan

500g Tepung roti

15g Tepung susu

15g Tepung ubi

14g Kelapa parut

8g Garam

50g Gula kastor

11g Yis kering

5g Bread improver *optional

10g Pandan paste

40g Shortening

330g Air tapis

30g Gula melaka

Cara-Cara

1. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mixer (kecuali gula melaka). Seterusnya masukkan air dan pandan paste dan uli pada kelajuan perlahan

2. Selepas doh terbentuk, masukkan shortening dan uli pada kelajuan sederhana sehingga doh “fully developed”

3. Pindahkan doh ke atas meja dan bahagikan doh kepada 2 biji. Anggaran 480g sebiji

4. Gelek doh dan taburkan gula melaka di atasnya. Anggaran 15g setiap doh.

5. Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas

6. Pindahkan doh kedalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm

7. Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian doh. *tadi saya biarkan kembang lebih sikit

8. Bakar pada suhu 180-200 darjah selsius selama 30-40 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing)

Selamat mencuba.

Sumber: Ritzuwan Syde