Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nantikan Sesuatu Yang Magik Dengan Magical Unicool Daripada Coolblog

Amira

Nikmati pengalaman magik dengan Fluffy Cloud Bits dalam smoothie Magical Unicool anda!

KUALA LUMPUR, 16 FEBRUARI 2023 – Menu menarik dan penuh magik menanti anda di Coolblog yang baru-baru ini telah mengumumkan siri baharu minuman mereka iaitu Magical Unicool! Untuk promosi masa terhad, Coolblog menawarkan topping Fluffy Cloud Bits yang akan menyerlahkan lagi kelazatan Magical Unicool dan akan pasti menjadi kegemaran para pelanggan!

Sebagai jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios di Malaysia, Coolblog terus berusaha untuk mencipta minuman yang dinikmati ramai dengan memastikan keenakan rasa, kepelbagaian pilihan perisa dan harga yang berbaloi. Siri Magical Unicool ini tersedia dalam tiga perisa: Unicool Magical, Unicool Dazzle dan Unicool Twinkle. Diinspirasikan daripada Unicorn, minuman berasaskan rona pelangi ini diserlahkan lagi dengan tambahan marshmallow bersaiz mini yang gebu dan berwarna-warni.

Menurut Ashida Arshad, Pengurus Kempen Pemasaran Coolblog, siri Magical Unicool diilhamkan oleh Unicorn yang melambangkan fantasi dan kisah dongeng, selari dengan objektif dan konsep kempen untuk menghasilkan siri minuman yang akan menceriakan hari-hari pelanggan Coolblog.

“Dengan adanya Fluffy Cloud Bits sebagai topping untuk siri Magical Unicool, ia akan menyerlahkan lagi elemen fantasi malah menyempurnakan kombinasi perisa dan warna yang unik pada minuman tersebut. Pihak kami telah bekerja keras untuk memastikan kualiti yang tinggi dari segi perisa, SOP dan pembungkusan. Kami ingin memastikan setiap pelanggan Coolblog dapat menikmati pengalaman yang terbaik daripada siri minuman ini,” kata Ashida.

Siri Magical Unicool ini terdiri daripada Unicool Magical, kombinasi perisa strawberi dan Blue Coral yang mencetuskan rasa manis dan lazat; Unicool Dazzle pula berperisakan keladi dicampur dengan Blue Coral dan Unicool Twinkle merupakan gabungan perisa keladi serta strawberi. Ketiga-tiga smoothie ini dilengkapi dengan keenakan gabungan brown sugar pearls, rainbow jelly dan marshmallow Fluffy Cloud Bits mini pada harga RM10.90.

“Kami komited untuk sentiasa memberikan sesuatu yang baharu khas buat pelanggan kami dan kami berharap siri Magical Unicool ini dapat mendatangkan detik-detik magik kepada peminat dan orang yang mereka sayangi. Untuk para peminat Coolblog, dan sesiapa sahaja, kami akan terus berinovasi demi menambah baik menu kami dan mencipta perisa-perisa yang baharu. Jadi nantikan yang lebih menarik dari Coolblog!” kata Ashida.

Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog dan promosi mereka, sila layari:

Laman Web: https://www.coolblog.com.my/ Facebook: Coolblog.my Instagram: CoolblogMalaysia TikTok: coolblogmalaysia Twitter: CoolblogMY