Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

NASA Dedah Foto Matahari ‘Pancar’ Solar Flare, Diletak Kategori ‘X’ Paling Kuat

solar flare

Balai Cerap Dinamik Suria Nasa merakam imej Matahari yang sedang memancarkan ‘solar flare’ yang luar biasa pada 16 April lalu kira-kira jam 11.34 malam waktu Timur (ET).

Memetik Nasa, Solar Flare ini merupakan percikan tenaga yang kuat. Nyalaan dan percikan suria ini dikatakan boleh memberi kesan kepada komunikasi radio, grid kuasa elektrik, isyarat navigasi dan juga memberi risiko pada kapal angkasa dan angkasawan.

Flare ni dikategorikan sebagai Flare Kelas X. Kelas X ini menandakan flare yang paling besar dan kuat.

Dalam laporan lain, Nasa telah menangkap imej peristiwa Matahari memancarkan dua kali solar flare pada 19 April 2022, dalam keadaan kemuncak sederhana sekitar jam 9.35 malam dan kuat pada 11.57 malam waktu EST.

Flare ini digambarkan sebagai flare kelas M. Kelas M ini merupakan kategori sederhana berbanding kelas X.

Pada 20 April lalu, Nasa sekali berjaya menangkap imej Matahari memancarkan solar flare bersaiz sederhana. Flare ini berada dalam kategori kelas M iaitu bersaiz 1 per 10 daripada flare yang terkuat.

Menurut Nasa, solar flare yang berada di kelas X merupakan yang terkuat dan paling besar letusannya berbanding kelas yang lain. Flare kelas M dianggap sebagai flare bersaiz sederhana dan kelas C sebagai jenis ribut matahari terkecil dan paling kecil.

BACA: “Aku Kata Dah, Mulut Aku Masin,” Abang Ni Teruja ‘Teruk’, Berjaya Pancing Siakap 12 Kg

Sumber: Nasa