Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat

Nasib Belia Luar Bandar, Pedalaman Sabah, Sarawak Perlu Diutamakan – MBM

Nurul Najiha

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Majlis Belia Malaysia (MBM) mahu kerajaan memberi perhatian terhadap masalah pengangguran dalam kalangan belia di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak yang agak meruncing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Borneo MBM merangkap Naib Presiden MBM, Azuwan Marjan, berkata kerajaan perlu memastikan angka sebenar belia yang menganggur supaya mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan kerajaan berjumlah RM1.5 bilion menerusi Pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu 300,000 pencari kerja di negara ini.

“Belia yang berkemahiran sama ada bekerja dengan majikan ataupun bekerja sendiri ternyata begitu terkesan kepada perlumbaan pemasaran digital yang sudah tentu memberikan kesan yang sangat mendalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azuwan berkata kerajaan juga diharap dapat memperkenalkan lebih banyak pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengesan belia-belia yang berkemahiran rendah agar mereka dapat menyertai Program Latihan dan Penempatan yang memberikan kursus kemahiran jangka pendek di institusi terpilih.

“Peningkatan kemahiran dalam industri penting seperti elektrik dan elektronik serta teknologi maklumat dan komunikasi sudah tentu memberikan impak yang besar kepada belia di kawasan pedalaman yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan kurang tenaga pengajar khsususnya di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sumber: BERNAMA