Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
negara berdepan isu banjir
Kredit: Bernama

Negara Berdepan Isu Banjir Di Kawasan Tidak Pernah Berlaku Sebelum Ini

Azizah Najib

Negara Berdepan Isu Banjir Di Kawasan Tidak Pernah Berlaku Sebelum Ini

PUTRAJAYA, 27 Sept (Bernama) — Negara kini berhadapan cabaran serius iaitu kerap berlaku banjir dan banjir di kawasan yang tidak pernah dilanda bencana itu, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin.

Beliau berkata ketika ini kadar dan intensiti banjir semakin meningkat malah jumlah hari bencana itu turut meningkat di beberapa negeri.

“Kita nampak sekarang ini kekerapan (banjir) bertambah, jumlah hari banjir makin lama makin tinggi dan paling merisaukan bagi saya ialah tempat dulu yang tak pernah mengalami banjir sekarang mengalami banjir.

BACA: NRES Arah MetMalaysia Kaji Semula SOP Penyebaran Maklumat, Amaran Cuaca

“Tetapi, kita tidak bersedia, macam insiden banjir di Kelantan dan Terengganu dah biasa, sebab dah terlalu biasa, sampai kanak-kanak tertunggu-tunggu banjir. Namun, banjir ialah pengalaman yang traumatik,” katanya pada sesi rapat umum Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata situasi itu telah menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering memberikan keutamaan dan memandang serius projek tebatan banjir di seluruh negara.

“Kita tengok di dada akhbar, selalu keluar, bila perdana menteri (Anwar) pergi mana-mana, mesti fokus dia pada projek tebatan banjir sebab isu banjir ini makin lama menjadi lebih penting,” katanya.

BACA: Keracunan Makanan: Kantin SK Chepor Diarah Tutup 14 Hari

Untuk rekod, kerajaan memperuntukkan RM11.8 bilion untuk pelaksanaan 33 projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi di seluruh negara dalam Belanjawan 2024.

Raja Nurshirwan berkata IKK amat penting dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bencana serta tahap keselamatan negara sekali gus mempersiapkan rakyat dalam berhadapan sebarang bencana.

“Kalau kita tiada IKK, tugas kita untuk tingkat kesedaran isu keselamatan akan jadi masalah. Saya harap menerusi sesi penglibatan seperti ini, orang awam akan lebih berpengetahuan mengenai sebahagian cabaran ini,” katanya.

BACA: Azman Dipenjara 24 Tahun, Dua Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki

Menerusi IKK, kerajaan mendapat maklum balas dan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai aspek keselamatan serta memastikan wujud konsensus tentang isu keselamatan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Sesi rapat umum IKK membincangkan mengenai sembilan teras yang digariskan dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 iaitu kedaulatan dan keutuhan Malaysia, kestabilan sosiopolitik, tatakelola yang baik, keutuhan ekonomi, keadilan sosial, pembangunan mampan, keselamatan rakyat dan pengiktirafan antarabangsa.

IKK telah dilancarkan Anwar pada 30 Julai lepas sempena Bulan Keselamatan Negara 2024. Indeks itu merupakan instrumen pengukuran rasmi terhadap tahap keselamatan negara.

Sumber: Bernama