Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Negara Dengan Pemberian Gaji Paling Lumayan Di Dunia 2025

Hannah
negara gaji paling lumayan
Gambar: AI/ImageFX

Negara Dengan Pemberian Gaji Paling Lumayan Di Dunia 2025

Tahun 2025 menyaksikan landskap ekonomi global yang penuh cabaran dengan ramalan kemelesetan daripada pelbagai pakar.

Namun, di sebalik kerisauan itu, masih terdapat peluang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan. Ini khususnya di negara-negara tertentu yang menawarkan gaji purata tertinggi di dunia.

Menurut laporan CEOWORLD magazine, kajian membandingkan Purata Gaji Bulanan Bersih (selepas cukai) di 197 negara.

Hasilnya, beberapa negara Eropah dan Amerika Utara terus mengungguli senarai dengan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding negara lain.

5 negara dengan gaji purata bulanan tertinggi 2025

1. Switzerland – USD 8,218 (sekitar RM34,601.89)

2. Luxembourg – USD 6,740 (sekitar RM28,378.77)

3. Amerika Syarikat – USD 6,562 (sekitar RM27,629.30)

4. Iceland – USD 6,548 (sekitar RM27,570.35)

5. Norway – USD 5,772 (sekitar RM24,303.01)

Selain itu, Denmark, Kanada, Ireland, Belanda dan Singapura turut berada dalam kelompok 10 negara teratas dengan gaji bulanan tertinggi di dunia.

Faktor yang mempengaruhi jurang gaji

Laporan tersebut menjelaskan bahawa pekerjaan dalam sektor kewangan, insurans, teknologi maklumat, perlombongan, tenaga elektrik, runcit dan pendidikan merupakan antara yang menawarkan gaji tinggi.

Sebaliknya, sektor sokongan pentadbiran, hospitaliti dan pembinaan biasanya mencatatkan gaji lebih rendah.

Namun, perbandingan gaji ini perlu dilihat seiring dengan faktor inflasi, lapor CEOWORLD magazine.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, inflasi tinggi akibat pandemik serta gangguan rantaian bekalan global telah mengurangkan kuasa beli di banyak negara.

Keadaan itu semakin meruncing dengan risiko geopolitik seperti konflik Rusia-Ukraine, persaingan strategik Amerika Syarikat-China dan krisis tenaga di Eropah.

Ketegangan berterusan di Asia dan Timur Tengah turut memburukkan lagi situasi tersebut, tambah CEOWORLD magazine.

Bagaimana dengan Malaysia?

Bagi Malaysia, laporan CEOWORLD magazine menempatkan negara ini di tangga ke-70 dunia daripada 197 negara.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia berada di tempat ke-16, sementara Singapura muncul di kedudukan pertama Asia dan ke-10 dunia.

BACA: Pengangkutan Awam Jakarta Di Tangga Ke-17 Terbaik Dunia

BACA: Malaysia Negara Ke-3 Paling Aman Di Asia, Ke-13 Di Dunia

BACA: Malaysia Negara Kedua Terbaik Di Asia Bagi “Work Life Balance”

Sumber: CEOWORLD magazine