Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga jam 10 pagi ini.
Menurut kenyataan, beberapa kawasan di Pahang Johor dan Sarawak.
"Di Pahang, daerah yang diramal hujan adalah Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.
"Manakala di Johor hanya melibatkan daerah Mersing.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Kuching, Samarahan, Bintulu dan Miri (Subis)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.