Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nestlé Sahkan 12 Tan Produk KitKat Dicuri, Tiada Risiko Keselamatan Pengguna
Syarikat pengeluar coklat, Nestlé mengesahkan sebanyak 12 tan produk KitKat telah dicuri ketika dalam perjalanan dari kilangnya di Itali Tengah ke destinasi di Poland.
Dalam satu kenyataan rasmi di platform X, syarikat itu memaklumkan kejadian berlaku semasa proses penghantaran, namun siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan serta rakan dalam rantaian bekalan.
“Pasukan kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan rakan logistik bagi menyiasat insiden ini,” menurut kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, Nestlé memberi jaminan bahawa kejadian itu tidak menjejaskan keselamatan pengguna.
Selain itu, bekalan produk di pasaran juga dilaporkan kekal stabil dan tidak terjejas.
Syarikat itu tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung lokasi tepat kejadian atau pihak yang terlibat setakat ini.