Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ni Cara Nak Padam Kod Morse Kalau Tersalah Hantar Isyarat

Nurhanis
padam kod morse
Kredit: @stamfoc/TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ni Cara Nak Padam Kod Morse Kalau Tersalah Hantar Isyarat

Dengan kecanggihan telefon pintar pada ketika ini, mesti di antara kita tidak boleh membayangkan bagaimana orang zaman dahulu berkomunikasi dari jarak jauh.

Bayangkan, jika mereka berada di negeri yang berbeza, sudah pasti masing-masing bingung tidak tahu di mana keberadaan diri.

Disebabkan itu pada zaman dahulu wujudnya kod Morse, yang merupakan kaedah telekomunikasi yang mentafsirkan teks mesej dengan pantas dan mudah.

Uniknya kod Morse ini ia dihantar menggunakan siri isyarat elektrik yang mempunyai dua isyarat, iaitu pendek dan juga panjang berbanding dengan telefon pintar pada ketika ini yang hanya menggunakan aplikasi untuk berhubung.

Untuk isyarat pendek ia dikenali sebagai ‘di’ atau titik (.) manakala bagi isyarat panjang pula ia dipanggil ‘dah’ atau sempang (-).

Setiap huruf dan nombor mempunyai isyarat yang tersendiri yang merangkumi di dan juga dah, jadi mereka yang menggunakan kod Morse itu perlulah memahami tentang cara penggunaannya.

Kod morse ini disampaikan menggunakan telegraf elektrik yang dikhaskan untuk menghantar isyarat pendek dan juga panjang.

Kalau lihat, telegraf tu sangat kecil dan mempunyai satu butang yang ditekan untuk menghasilkan isyarat.

BACA: Dulu Ejen Hartanah, Kini Jual Burger Tepi Jalan Demi Minat

Macam mana nak padam perkataan salah di telegraf elektrik?

Namun, sekiranya individu salah taip perkataan bagaimana cara untuk memadamnya?

Menerusi perkongsian daripada @stamfoc di TikTok, wanita tersebut mengajar bagaimana cara untuk memadam perkataan yang salah ketika menaip mengikut simbol yang ditetapkan.

Menurutnya, pemadam juga mempunyai isyarat dalam kod Morse, jadi apa yang perlu dibuat adalah memeriksa semula isyarat tersebut dan lakukannya di telegraf elektrik.

“Kalau salah nak padam macam mana bunyi?

“Kalau salah ada isyarat pemadam, boleh ingat simbol tersebut.

“Pemadam ada 8E. Isyarat di ada lapan dan perlu dihantar sebanyak lapan kali,” katanya.

Kredit: @stamfoc/TikTok

Wanita tersebut turut memberi contoh supaya orang ramai dapat memahami perkara yang disampaikan.

Contoh ayat yang digunakan ialah ‘nama saya ialah Ali’ dan sekiranya perkataan Ali itu telah salah, individu perlulah memadam perkataan salah dengan menggunakan 8E.

Setelah itu, taip semula perkataan sebelum Ali untuk melengkapkan ayat.

“Tiga perkataan awal telah dihantar dengan sempurna tetapi di perkataan Ali ditaip dengan salah.

“Apa yang perlu dilakukan ialah kita akan pancarkan 8E itu bunyikan di sebanyak lapan kali.

“Selepas sudah beri isyarat 8E, baru hantar perkataan sebelum Ali. Kita akan mula semula dengan hantar perkataan ‘ialah’ kerana berada disebut sebelum Ali,” jelasnya.

Sumber: @stamfoc/TikTok