Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nidzam Letak Jawatan Ketua Jurulatih - NSFC

BERNAMA
nidzam negeri sembilan fc NSFC
Kredit: Negeri Sembilan FC

SEREMBAN, 23 Feb (Bernama) -- Negeri Sembilan FC (NSFC) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Mohd Nidzam Jamil sebagai ketua jurulatih pasukan, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan kelab, penolong jurulatih K.Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih interim sehingga pengumuman selanjutnya dibuat.

“NSFC ingin merakamkan penghargaan atas segala jasa dan sumbangan Mohd Nidzam kepada pasukan sejak awal musim ini,” menurut kenyataan tersebut yang dikeluarkan malam ini.

Menurut kelab berkenaan, fokus utama kelab dan barisan kejurulatihan ketika ini adalah mengembalikan kestabilan dan meningkatkan moral pemain bagi menghadapi baki perlawanan musim ini.

Sebelum ini, skuad Jang dibelenggu empat kekalahan berturut-turut, termasuk tewas 1-2 menentang Imigresen FC aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu lepas.

Sumber:BERNAMA