Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Notis Larangan Pendakian Secara "Dayhike" & "Compressed" Di 7 Kawasan Di Perak

Aina Munirah
Notis Larangan Pendakian
Kredit: Bernama

Notis Larangan Pendakian Secara "Dayhike" & "Compressed" Di 7 Kawasan Di Perak

Jabatan Perhutanan Negeri Perak (Hutan Perak) telah mengeluarkan satu notis larangan pelaksanaan aktiviti pendakian secara dayhike atau compressed di beberapa kawasan-kawasan pendakian berisiko.

Menerusi perkongsian di Facebook, notis tersebut telah diambil kira melalui penilaian risiko semasa dan kesesuaian bentuk muka bumi di lapangan.

"Aktiviti pendakian di jalur pendakian sepertimana tertera adalah dilarang untuk dilaksanakan secara dayhike atau compressed berkuatkuasa serta-merta," kongsinya di laman Facebook.

Tujuh kawasan pendakian terlibat

Larangan ini juga telah melibatkan tujuh gunung dan trans. Antaranya:

  1. Gunung Korga

Laluan utamanya ialah Gunung Korbu - Gunung Gayong. Tempoh pendakian minima ialah tiga hari.

  1. Trans Spencer Chapman

Laluan utamanya ialah Gunung Bar Gading-Gunung Kak-Gunung Batu Putih. Tempoh pendakian minima ialah lima hari.

  1. Trans Jerging

Laluan utamanya ialah Gunung Suku-Gunung Irau. Minima untuk tempoh pendakian ialah tiga hari.

  1. Trans Batu

Laluan utama bagi trans ini ialah Gunung Batu Putih-Gunung Batu Bujang-Gunung Kak-Gunung Batu Dara. Tempoh pendakian minima adalah selama tiga hari.

  1. Trans Slim

Laluan utama ialah Gunung liang East/West- gunung Chondong Geliting-Gunung Tumang Batak. Tempoh pendakian minima ialah tiga hari.

  1. Trans Titiwangsa V1

Laluan utama yang terlibat ialah Gunung Korbu-Gunung Gayong-Gunung Yong Belar. Tempoh pendakian minima bagi trans ini ialah lima hari.

  1. Trans Beratih

Laluan bagi trans ini merangkumi Bukit Berapit-Gunung Rayu-Gunung Batu Putih. Minima pendakian untuk laluan ini ialah empat hari.

Kredit: Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Ujar notis itu lagi, sebarang perubahan atau pindaan kepada senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa berdasarkan penilaian Jabatan.

"Kegagalan terhadap sebarang pematuhan ini boleh mengakibatkan ID MGP yang terlibat akan dibekukan dan akan disenarai hitamkan sebagai MGP Negeri Perak berkuat kuasa serta-merta bagi tempoh enam bulan atau lebih mengikut kesesuaian," tulisnya.