Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nur Humaira Syafiqah Hilang Sejak Jumaat

Iqbal Yasir
Nur Humaira Syafiqah Ditemui Selamat
Gambar: Sinar Harian

Nur Humaira Syafiqah Dilapor Hilang Sejak Jumaat

TAWAU — Seorang remaja Nur Humaira Syafiqah Naldi, 15, dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, lapo Sinar Harian.

Menurut kakak kepada mangsa, Ayu, 39, adik bongsunya kali terakhir dilihat di rumah mereka yang terletak di Kampung Tanjung Keramat.

“Kali terakhir adik dilihat di rumah pada jam 5 pagi subuh.

“Laporan polis sudah dibuat semalam bagi mengesan adik yang hilang,” maklumnya sewaktu dihubungi Sinar Harian pada hari ini.

Sebagai salah seorang ahli keluarga mangsa, Ayu berharap adiknya itu segera dijumpai termasuk berita kehilangan itu disebarkan menyeluruh di Sabah.

Wanita itu turut memohon agar orang ramai untuk mengesan adik bongsunya.

“Mohon bantuan orang ramai untuk mengesan Nur Humaira Syafiqah yang telah hilang.

“Panjangkan berita ini ke Kota Kinabalu juga dan jika ada sesiapa yang terjumpa adik saya, mohon hubungi saya di talian 014-9144654 atau suami saya di talian 0149144653,” ujarnya.

Terdahulu, tular kehilangan remaja berkenaan yang dimuat naik oleh Ayu di platform Facebook.

Sumber: Sinar Harian