Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 26 November 2024- Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan Ke-2 (National Water Innovation, Conferece and Exhibition- NWICE) 2024 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air pada 26 November 2024 (Selasa) bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat.”
NWICE 2024 yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 26 sehingga 28 November 2024 ini dianjurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) menerusi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) bersama, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Persatuan Teknologi Trenchless Malaysia (MATT).
Persidangan yang telah berlangsung sepanjang tempoh tiga (3) hari ini n serta maklumat semenyediakan platform perkongsian ilmu, pengetahuamasa berkaitan dengan penyelidikan, pembangunan dan infrastruktur sektor air dan pembetungan negara yang menjadi salah satu medium interaksi dan jaringan komuniti penyelidikan air, pembetungan dan persekitarannya sekali gus mempamer hasil produk inovasi yang telah dibangunkan untuk potensi komersialisasi di pasaran industri.
Dengan penyertaan lebih 420 delegasi, 69 pembentangan kertas kerja dan 42 pempamer dari pelbagai sektor dari dalam dan luar negara, NWICE 2024 memberi fokus kepada pembangunan dan transformasi prasarana industri air dan pembetungan negara merangkumi tiga (3) sub tema utama iaitu Lonjakan dan Evolusi Prasarana Pembetungan Negara, Menerajui Keterjaminan Air – Mendepani Perubahan Iklim dan Teknologi Tanpa Korekan, Inovasi Hijau.
Antara pengisian NWICE 2024 adalah lima (5) ucaptama persidangan yang akan dibentangkan Ketua Pengarah NAHRIM, Pengarah JBA, Timbalan Ketua Pengarah JPP, MATT dan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan topik pembentangan melibatkan pelbagai isu dan cadangan penyelesaian berkaitan cabaran kelestarian air dan persekitaran meliputi polisi, pengurusan bencana dan pembangunan inovasi. Selain itu, ucapan penutup persidangan bakal disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Mohd Zaki bin Mat Amin, Ketua Pengarah NAHRIM pada 28 November 2024.