Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Objek Misteri Terbang Di Langit Sarawak Cetus Spekulasi 

Hannah
OBJEK misteri sarawak
Gambar: Monsta_Owl/Reddit

Objek Misteri Terbang Di Langit Sarawak Cetus Spekulasi

Sebuah gambar yang memaparkan objek misteri di langit berhampiran sebuah rumah panjang di Saratok, Sarawak, telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial.

Gambar tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna di forum Reddit.

Tangkap layar Reddit

Menurutnya, gambar berkenaan diambil oleh rakannya sendiri dan menunjukkan satu objek yang terbang di udara sambil mengeluarkan bunyi seakan-akan “swish”.

Tambahnya lagi, bentuk objek itu tidak menyerupai layang-layang atau dron yang biasa dilihat.

Apa yang lebih menghangatkan perbincangan ialah teori yang dikemukakan oleh seorang pengguna Reddit lain yang mendakwa bahawa objek itu serupa dengan ‘pesawat pengebom’.

Selain itu, ada juga yang mendakwa bahawa objek tersebut adalah “FPV drone”.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa sama ada benar-benar berlaku penerbangan tentera asing di ruang udara Saratok.

Sehingga kini, gambar itu terus mengundang tanda tanya dan pelbagai andaian dalam kalangan pengguna media sosial. Walau bagaimanapun, identiti sebenar objek berkenaan masih belum dapat dipastikan.

BACA: Tun Dr Mahathir Berehat Di IJN Kerana Keletihan

Sumber: Monsta\_Owl/Reddit