Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
OD-KFK: Inisiatif Baharu BNM Permudah Tuntutan Insurans Motor
Gambar AI
Tiada Kategori

OD-KFK: Inisiatif Baharu BNM Permudah Tuntutan Insurans Motosikal

suhaila

OD-KFK: Inisiatif Baharu BNM Permudah Tuntutan Insurans Motosikal

Apabila berlaku kemalangan jalan raya, proses membuat tuntutan insurans sering menjadi mimpi ngeri kepada pemandu.

Menunggu pihak ketiga mengakui kesalahan, berurusan dengan syarikat insurans yang berlainan dan risau kehilangan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD).

Semua ini menjadikan proses tersebut panjang, melelahkan dan penuh tekanan. Menyedari realiti ini, Bank Negara Malaysia (BNM) tampil memperkukuh semula inisiatif Own Damage Knock-for-Knock (OD-KFK) yang bertujuan memberikan pengalaman tuntutan lebih pantas, telus dan adil kepada pengguna.

Apa itu OD-KFK?

OD-KFK ialah kemudahan khas untuk pemegang polisi insurans motor komprehensif. Melalui skim ini, pemandu yang tidak bersalah dalam kemalangan boleh membuat tuntutan terus dengan syarikat insurans mereka sendiri tanpa perlu menunggu pihak ketiga menyelesaikan proses.

Menariknya, NCD pemegang polisi tidak akan terjejas meskipun tuntutan dibuat.

Konsep ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah diperkenalkan sejak tahun 1987 dan dikemas kini pada 2001.

Namun, dengan pengumuman terbaru oleh BNM, pelaksanaan OD-KFK kini diberi nafas segar untuk memastikan keberkesanan lebih tinggi serta menepati keperluan semasa pemandu di Malaysia.

Situasi yang tidak dilindungi OD-KFK

Walaupun OD-KFK memberi banyak kemudahan, ia tidak terpakai untuk semua keadaan. Ada beberapa situasi khas di mana pemegang polisi tidak boleh menggunakan kemudahan ini, antaranya:

  • Kemalangan melibatkan teksi, bas atau kenderaan sewaan seperti limousine.

  • Kemalangan yang menyebabkan kecederaan tubuh badan kepada pihak ketiga.

  • Apabila pihak ketiga memiliki polisi insurans luar negara contohnya dari Singapura.

Dalam keadaan sebegini, tuntutan masih perlu dibuat melalui syarikat insurans pihak yang bersalah.

Proses tuntutan lebih mudah dan cepat

Salah satu kelebihan utama OD-KFK ialah proses tuntutannya lebih singkat. Pemegang polisi hanya perlu menyediakan laporan polis dan dokumen sokongan kemudian syarikat insurans mereka akan menguruskan tuntutan dengan syarikat pihak ketiga di belakang tabir.

BNM menyatakan bahawa melalui sistem baharu ini:

  • Tuntutan own damage boleh diselesaikan dalam tempoh sekitar 20 hari bekerja.

  • Bagi tuntutan kerosakan harta pihak ketiga, prosesnya boleh selesai sehingga 80 hari lebih cepat berbanding sebelum ini.

Ini bermakna pengguna tidak lagi terperangkap dalam tempoh menunggu yang panjang, malah kenderaan mereka boleh dibaiki lebih awal dan kembali digunakan dalam masa yang lebih singkat.

BACA : Gempa Bumi: Apa Barang Patut Ada Dalam Beg Kecemasan

Faedah tambahan untuk pemandu

Selain mempercepat tuntutan, OD-KFK turut memperkenalkan beberapa ciri tambahan yang mesra pengguna. Antara yang menarik ialah Digital Roadside Assistance.

Ianya merupakan sebuah sistem bantuan tepi jalan yang boleh diakses 24/7 melalui aplikasi mudah alih atau laman web syarikat insurans.

Pemandu boleh mendapatkan bantuan trak tunda berdaftar, menghantar dokumen secara digital dan mendapatkan maklumat bengkel sah hanya dengan beberapa klik.

Selain itu, sistem pengurusan aduan juga telah dipertingkatkan. Masa respons aduan kini ditetapkan kepada 14 hari bekerja dan akan dipendekkan lagi kepada 5 hari bekerja menjelang April 2026.

Ini memberi lebih keyakinan kepada pengguna bahawa masalah mereka akan ditangani dengan lebih serius dan cepat.

Apa maknanya untuk anda?

Secara ringkas, inisiatif OD-KFK membawa tiga mesej utama kepada pengguna:

  • Proses lebih cepat dan lancar. Anda tidak perlu lagi menunggu pihak ketiga kerana insurans anda sendiri akan menguruskan tuntutan.

  • NCD kekal terpelihara. Jika anda tidak bersalah, tuntutan yang dibuat tidak akan menjejaskan diskaun NCD anda.

  • Akses digital dan sokongan 24/7 akan memudahkan anda mendapatkan bantuan bila-bila masa tanpa kerumitan.

Dengan adanya OD-KFK, pengalaman menguruskan insurans motor kini jauh lebih mesra pengguna dan efisien.

Oleh itu, pengumuman mengenai OD-KFK oleh Bank Negara Malaysia membawa nafas baharu kepada dunia insurans motor di negara ini.

Ia membuktikan bahawa sistem insurans sedang bergerak ke arah lebih progresif dengan fokus kepada perlindungan pengguna, kepantasan proses dan ketelusan.

Bagi para pemandu, ini bermakna lebih ketenangan fikiran apabila berada di jalan raya. Jika kemalangan berlaku dan anda tidak bersalah, anda tidak lagi perlu melalui proses rumit yang panjang untuk menuntut pampasan.

Sebaliknya, OD-KFK memastikan segala urusan lebih mudah, cepat dan adil selari dengan matlamat BNM untuk menjadikan industri insurans lebih cekap serta berpihak kepada rakyat.

Sumber : FB Bank Negara Malaysia, thestar

BACA : Ini Yang Terjadi Dalam Badan Anda Bila Stress Tak Terkawal