Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Omoda C7 dan C7 PHEV Boleh Ditempah

OMODA C7 DITEMPAH

Omoda C7 dan C7 PHEV Boleh Ditempah

KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2026 – OMODA | JAECOO Malaysia hari ini secara rasmi boleh ditempah bagi OMODA C7 dan OMODA C7 PHEV serba baharu, menandakan permulaan baharu bagi barisan crossover premium jenama ini di Malaysia. 

Omoda C7, C7 PHEV Boleh Ditempah Sekarang

Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan, berkata, "OMODA C7 melambangkan evolusi seterusnya dalam falsafah produk kami, yang menggabungkan reka bentukekspresif, teknologi pintar dan kepraktisan harian untuk memberikan pengalaman pemanduan premium. Kami amatteruja untuk membuka tempahan OMODA C7 di Malaysia dan percaya model ini akan mentakrifkan semula jangkaanpelanggan terhadap sebuah SUV premium dalam segmenharga ini."

Beliau menambah, "Menjelang pelancaran rasminya, pratonton eksklusif di Suria KLCC membolehkan pelangganserta orang ramai melihat OMODA C7 dan OMODA C7 PHEV dengan lebih dekat, sambil mengenali reka bentuk, teknologi dan pilihan rangkaian kuasa yang ditawarkansebelum pelancarannya." 

Eniin 1.6Liter Turbo

OMODA C7 dikuasakan oleh enjin petrol 1.6 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar (DCT) tujuhkelajuan, dan dianggarkan berharga RM160,000.

Sementara itu, OMODA C7 PHEV menampilkan teknologiSuper Hybrid System (SHS) generasi terkini yang menggabungkan enjin 1.5 liter turbo bersama Dedicated Hybrid Transmission (DHT), dan dianggarkan berhargaRM180,000.

Harga yang dinyatakan merupakan anggaran awal sebagai panduan sebelum pelancaran rasmi. Harga muktamad akandiumumkan semasa pelancaran rasmi.

Dibangunkan berasaskan falsafah reka bentuk ikonikOMODA, "Art in Motion", OMODA C7 serba baharumenampilkan interpretasi berani terhadap gaya SUV moden. Garisan badan yang berukir kemas serta perkadaranaerodinamik dipadankan dengan rekaan hadapan Shark Nose, lampu LED penuh yang elegan serta motif pencahayaanheksagon bercahaya, menghasilkan penampilan yang futuristik dan penuh keyakinan di jalan raya. 

OMODA C7 direka khas untuk pelanggan yang mencarisebuah SUV crossover segmen-C yang premium, lengkapdengan pelbagai ciri moden serta dikuasakan oleh rangkaiankuasa enjin pembakaran dalaman yang terbukti berprestasi.

Ruang kabinnya dilengkapi dengan paparan tengah 15.6 inciberesolusi 2.5K, paparan meter digital 8.88 inci, tempat duduk hadapan larasan elektrik dengan fungsi pengudaraan, cerminhadapan berkembar (double-glazed) serta pengecas tanpawayar 50W dengan sistem penyejukan.

Dari segi praktikaliti, ruang but berkapasiti 614 liter yang mendahului kelasnya boleh diperluaskan sehingga 1,371 literapabila tempat duduk belakang dilipat, menjadikannya sesuaiuntuk kegunaan harian, perjalanan bersama keluarga mahupunperjalanan jarak jauh.

Selain itu, OMODA C7 turut dilengkapi pakej lengkapAdvanced Driver Assistance Systems (ADAS) serta ciriketersambungan pintar, sekali gus mengukuhkan komitmenOMODA dalam menggabungkan gaya, inovasi dan kepraktisan dalam setiap produknya. 

Orang ramai yang ingin melihat OMODA C7 dan OMODA C7 PHEV dengan lebih dekat dijemput mengunjungi pameraneksklusif yang berlangsung dari 7 hingga 9 Ogos 2026, setiaphari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, di dua lokasi berikutdi Suria KLCC:

• Aras Concourse (bersebelahan Uniqlo) 

• Aras Ground (bersebelahan Louis Vuitton) 

Pengunjung berpeluang meneroka kedua-dua model, mendapatkan penerangan daripada pakar produk, mendaftarkan minat serta membuat tempahan lebih awal sebelum pelancaran rasmi. 

Berlangsung serentak dengan Kuala Lumpur Fashion Week 2026, pameran ini menghimpunkan inovasi automotif, rekabentuk kontemporari serta gaya hidup premium di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. 

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti dan promosi jenama, orang ramai boleh mengikuti saluran media sosial rasmi OMODA | JAECOO Malaysia atau melayarilaman web rasminya www.omodajaecoo.com.my.

Intipati
  • OMODA | JAECOO Malaysia membuka tempahan rasmi untuk OMODA C7 dan C7 PHEV.
  • C7 dianggarkan berharga RM160,000, manakala C7 PHEV dianggarkan pada RM180,000 sebelum pelancaran.
  • Orang ramai boleh melihat kedua-dua model di Suria KLCC hingga 9 Ogos 2026.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan