Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Orang Pertama Disaman Kerana Pandu Lebih Had Laju
Sesiapa yang membaca artikel ini mesti ada yang pernah disaman kerana memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan kan?
Seperti semua sedia maklum, had laju kebangsaan negara kita adalah 110km/j di lebuh raya untuk dipatuhi semua pemandu di Malaysia.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga telah memasang kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) untuk memastikan pemandu patuh had laju.
Tahukan anda? Orang pertama disaman atas kesalahan melanggar peraturan had laju ialah Walter Arnold.
Arnold berasal dari Britain yang juga seorang pengedar kereta Benz ini disaman pada 28 Januari 1896 di bawah akta Locomotive Act 1865.

Beliau disaman kerana telah memandu melebihi had laju mencecah 13km/j.
Had laju yang ditetapkan pada waktu itu hanya 3.2 km/j sahaja. Ya, SK tak salah tulis, 3.2 km/j sahaja. Selain itu, Arnold melakukan satu lagi kesalahan yang aneh.
Pada tahun tersebut, semua kenderaan bermotor perlu membawa 3 krew, seorang pemandu, seorang jurutera dan seorang pemegang bendera merah .

Pemegang bendera berfungsi sebagai tanda amaran kepada pejalan kaki dan kereta kuda. Arnold hanya memandu seorang diri ketika itu.
Tambah menarik lagi, pihak berkuasa ketika itu berjaya menahan Arnold hanya menunggang basikal kerana kereta pada masa itu tidak laju seperti sekarang.

Arnold telah dijatuhkan hukuman dan didenda sebanyak 1 syiling sebagai pengajaran namun selepas itu pada tahun sama peraturan had laju dinaikkan kepada 22.5 km/j.
Anda pula berapa kali pernah disaman kerana langgar peraturan had laju?