Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Padah Kerap Guna Telefon Sambil Baring Mengiring, Tulang Belakang Wanita Ini Membengkok

Kredit Foto: TVBS

Pasti ramai di luar sana yang menghabiskan banyak masa terluang dengan bermain telefon. Lebih-lebih lagi ketika sedang berbaring dan mengiring. Kadang-kadang sehingga berjam-jam masa dihabiskan begitu sahaja hanya dengan bermain telefon.

Keselesaan ketika bermain telefon di atas katil sendiri memang menyeronokkan. Namun begitu, ianya mungkin dapat memberikan kesan terhadap kesihatan dan tubuh badan anda sendiri. Lebih baik masa yang terluang terutama di hari minggu atau cuti diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti melakukan senaman ataupun bersukan.

Perkara seperti ini lebih banyak manfaat yang diperoleh serta dapat menyihatkan tubuh badan anda.

Seorang gadis Taiwan mengadu sakit belakang dan segera mendapatkan rawatan daripada doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sakit yang dihadapinya.

Hasil ujian x-ray mendapati tulang belakangnya telah bengkok sebanyak 50 darjah. Menurut doktor yang merawat wanita berkenaan, hal ini berlaku adalah kerana dia sering bermain telefon dalam keadaan berbaring dan mengiring.

Hasil daripada x-ray yang dijalankan (Kredit Foto: worldofbuzz)

Hal ini telah menyebabkan tekanan lebih tinggi di bahagian kanannya terutama pada bahagian ‘thoracic vertebrae’ dan ‘lumbar vertebrae’ sehingga tulang belakangnya bengkok.

Tambahnya lagi, wanita ini dikatakan kurang melakukan senaman sehingga otot badannya tidak cukup kuat untuk menyokong posisi badan dalam jangka masa yang agak lama.

Sumber: WOB, TVBS