Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Padah Main "Video Games" 4 Hari 3 Malam Tanpa Henti, Pelajar Alami Pendarahan Otak
Seorang pelajar universiti dilaporkan mengalami pendarahan otak selepas bermain permainan video secara berterusan selama empat hari tiga malam tanpa henti.
Menurut Oddity Central, ketagihan permainan video semakin menjadi isu yang menjejaskan kehidupan jutaan belia di seluruh dunia, malah dalam kes ekstrem ia boleh membawa maut.
Seorang jururawat unit rawatan rapi di Taiwan mendedahkan kes seorang pelajar universiti yang mengalami pecah arteri serebrum selepas bermain permainan video selama empat hari berturut-turut.
Ramai golongan muda memilih untuk menghabiskan cuti musim sejuk dengan bermain permainan video kegemaran.
Dalam kes yang dikongsikan di media sosial oleh jururawat tersebut, seorang pelajar dilaporkan menghabiskan hampir keseluruhan masa cutinya di hadapan skrin komputer sehingga mengundang risiko buruk.
Walaupun ibunya berulang kali menasihati supaya dia berhenti dan berehat, remaja terbabit yang identitinya tidak didedahkan terus bermain permainan dalam talian hampir tanpa henti, hanya berhenti seketika untuk ke tandas atau mengambil makanan ringan.
Selepas empat hari tiga malam bermain tanpa rehat, pelajar itu akhirnya rebah secara tiba-tiba.
Menurut ibunya, pelajar tersebut ke bilik air pada tengah malam sebelum tiba-tiba menjerit kesakitan dan pengsan.
Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan disahkan mengalami pecah arteri serebrum yang menyebabkan pendarahan otak yang serius.
Selepas itu, doktor menjalankan pembedahan kecemasan bagi menyelamatkan nyawanya, namun prognosisnya dilaporkan tidak memberangsangkan.
Difahamkan, pelajar itu kemudiannya bergantung kepada mesin sokongan hayat serta memerlukan ubat untuk menstabilkan tekanan darah.
Keluarganya terus berharap dia akan sedar, namun selepas beberapa bulan, mereka terpaksa membuat keputusan sukar untuk menghentikan sokongan hayat.
Jururawat itu menyifatkan detik keluarga pelajar berkenaan mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir sebagai amat menyayat hati.
Beliau berharap perkongsian kes tersebut dapat dijadikan peringatan bahawa pendarahan otak bukan sahaja berisiko kepada warga emas, malah turut boleh berlaku dalam kalangan golongan muda.