Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kasih sayang isteri bawa sampai mati, itulah ungkapan yang sesuai untuk seorang warga emas yang telah korbankan harta di dunia selepas kematian isterinya sejak berapa puluh tahun lalu. Benarlah, cinta sejati itu wujud.
Paling menyentuh hati, warga emas yang dikenali Pakcik Osman ini telah menjual segala hartanya dan tinggal di kedai yang kecil ini untuk mencari rezeki yang halal. Tak kisah berpanas dan hujan, pakcik ini redha dengan kehidupannya memandangkan dia tidak mempunyai keluarga.
Jadi, sebagai seorang insan berhati mulia tak salah kalau kita sama-sama menghulurkan tangan memberi bantuan kepada pakcik ini.
Mandi dekat depan-depan tu, owner kedai kasi tumpang. Pakcik Osman, daripada aku kecil Kedai Jahit Kasut ni dah ada.

Menurut pemilik akaun Twitter Aus Meshi semasa dihubungi, pakcik ini telah lama bekerja di situ sejak kedai tersebut dibina dengan kayu dan papan kecil yang memuatkan dirinya seorang sahaja. Kedai sekarang merupakan hasil sumbangan orang ramai supaya dia tinggal dengan selesa.
Soal mandi pula, ada seorang hamba Allah yang baik hati memberi tumpang mandi di kedainya. Bukan itu sahaja, tuan kedai tersebut membuat satu ruangan kosong untuk pakcik ini mandi dan tidur di situ memandangkan dia tidak ada rumah sejak kematian isteri tercinta.

Rata-rata orang ramai turut berkongsi pengalaman pernah menggunakan perkhidmatan pakcik ini untuk membaiki kasut mereka. Semoga rezeki pakcik ini sentiasa terbentang luas untuknya.





Untuk orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan dan ingin menghulurkan sumbangan boleh pergi ke Kedai Baiki Kasut yang terletak di sebelah Megoplex, Ipoh.
Sumber: Aus Meshi