Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pakai Kotak Dan ‘Double-Sided Tape’ Je, Ini Cara Buat Perangkap Cicak Yang Jimat Dan Berkesan

Foto: Mohd Sanusi
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Masalah cicak bukan satu perkara asing lagi bagi manusia. Rumah yang menjadi pilihan kediaman si cicak ini kebiasaannya rumah yang ditinggal lama dalam tempoh 2 hingga 3 minggu dan mempunyai sumber makanan yang diminati mereka. Dalam tempoh tersebut, cukup memberi keselesaan kepada ‘keluarga’ haiwan ini membiak.

Tetapi, tuan rumah mesti bengang kerana haiwan ini antara haiwan yang sukar untuk di bunuh. Ye lah, mereka sangat licik walaupun sudah menggunakan penyembur untuk membunuhnya. Jadinya terpaksalah menggunakan cara lain.

Seperti perkongsian daripada Mohd Sanusi ini tentang perangkap yang sangat berkesan untuk menangkap cicak di rumah. Nampak gaya, macam banyak mangsa kalau guna cara ini.

Jom kita lihat cara dan bahan yang diperlukan untuk membuat perangkap cicak secara tidak langsung boleh menampak haiwan perosak yang lain.

Semalam jadi tukang tangkap cicak. Bosan-bosan lockdown, kita DIY perangkap cicak daripada kotak dan ‘double sided tape’.

Bahan & alat;

  • Keratan kotak

  • Double sided tape saiz lebar

  • Gunting

Potong kotak ikut size yang sesuai dan mudah nak letak di lokasi

Umpan:

  • Nasi

  • Cebisan ikan bilis

(Ada cadangan umpan yang lebih efektif untuk cicak?)

Letak umpan kat tengah-tengah perangkap…

Kos: lebih kurang RM2

Letak perangkap di lokasi yang biasa jadi tempat cicak berkeliaran. Hasil tangkapan dalam 2 gambar terakhir.

Hasil tangkapan malam pertama…

Sumber: Mohd Sanusi