Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pernah Tular Tamatkan Larian Berkaki Ayam, Pakcik Ariffin Curi Tumpuan Di Ironman Langkawi

Pakcik Ariffin
Kredit: Ironman Malaysia

Acara sukan triatlon jarak jauh Ironman Malaysia berlangsung di Langkawi hari ini, dengan para peserta sedang berusaha menamatkan cabaran masing-masing.

Iklan

Dalam kemeriahan acara itu, kelibat seorang warga emas, Ariffin Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Pakcik Ariffin, turut mencuri perhatian ramai.

Beliau sebelum ini pernah menjadi perhatian kerana berjaya menamatkan acara larian Malaysia Taman Negara Ultra 2026 dengan berkaki ayam.

Menjengah ke Threads, beberapa pengguna dilihat berkongsi mengenai kelibat Pakcik Ariffin yang turut menyertai acara berkenaan.

Malah, pihak Ironman Malaysia sendiri turut berkongsi beberapa video yang memaparkan Pakcik Ariffin ketika acara tersebut berlangsung.

Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai yang memberikan kata-kata semangat serta menitipkan doa agar beliau berjaya menamatkan cabaran berkenaan.

Sumber:Threads
Intipati
  • Ironman Malaysia berlangsung di Langkawi, dengan peserta berusaha menamatkan cabaran triatlon jarak jauh.
  • Ariffin Manan, dikenali sebagai Pakcik Ariffin, mencuri perhatian ramai dalam acara tersebut.
  • Perkongsian di Threads dan video Ironman Malaysia menerima sokongan serta doa orang ramai.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan