Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Fakta Kereta "Handmade" Mewah Rolls Royce
Gambar: Google

Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Aqmal Ezany

Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Baru-baru ini, Arab Saudi berjaya mengejutkan pengkritik dan peminat sukan bola sepak apabila berjaya menundukkan pasukan yang mempunyai ramai pemain bertaraf bintang daripada benua Amerika Selatan iaitu Argentina dengan skor 2-1 dalam pentas Piala Dunia 2022.

Susulan daripada kemenangan bersejarah itu, tersebar khabar angin Putera Saudi menjanjikan sebuah kereta mewah buatan tangan jenama Rolls Royce Phantom kepada setiap pemain pasukan Arab Saudi.

Walau bagaimanapun, dalam laporan New York Post, khabar angin itu sebenarnya tidak benar. Ianya disahkan sendiri oleh jurulatih pasukan Arab Saudi iaitu Herve Renard.

“Ianya tidak benar. Kami ada Kementerian Sukan yang sangat telus dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk dapat apa-apa. Kami baru sahaja bermain satu perlawanan, ada dua lagi perlawanan penting dalam peringkat kumpulan dan kami mengharapkan lebih dari ini,” ujarnya.

Peminat kereta pastinya tahu bahawa harga kereta jenama yang eksklusif ini tersangatlah mahal. Kenapa ianya sangat mahal? Mana tidaknya, ia merupakan sebuah hasil seni buatan tangan dengan penghasilan sekitar 3,000 hingga 5,000 unit Rolls Royce sahaja setiap tahun. Setiap komponen dan hiasan dalaman kereta ini dijahit dan dipasang sendiri oleh pekerja mereka yang mempunyai kepakaran tinggi.

Proses jahitan kemasan kereta

Ini menjadikan kereta itu tersangat eksklusif untuk dimiliki kerana tidak ramai orang yang boleh membelinya berbanding dengan kereta-kereta biasa. Malah, harga yang paling ‘murah’ bagi kereta jenama ini pun sudah mencecah sekitar RM2.08 juta dan yang paling mahal pula adalah RM14.6 juta.

Lebih eksklusif dan istimewa kereta Rolls Royce ini berbanding jenama lain adalah, setiap pembeli berpeluang untuk custom sendiri mengikut citarasa yang diingini. Daripada warna kereta, warna rekaan dalaman sehinggalah ke bentuk rim tayar. Semuanya boleh dipilih sebelum sampai ke tangan pembeli. Berbeza dengan kereta lain yang sudah pun siap dipasang dan hanya terdapat dalam bentuk dan warna yang dikeluarkan di kilang sahaja.

World Cup edisi kali ini bermula dengan agak sengit dan penuh kejutan. Mana tidaknya, selain Arab Saudi yang berjaya menundukkan pasukan ‘otai’ (Argentina), Maghribi juga pada baru-baru ini turut melakar sejarah apabila berjaya menjinakkan pasukan Belgium.

Peminat bola sepak pastinya tak senang duduk dan pening nak predict pasukan mana yang boleh menjadi juara pada edisi kali ini. Boleh hilang mengantuk tengok aksi-aksi dan drama yang disajikan oleh pemain handalan dunia ini.

Kow Kow World Cup

Sambil-sambil layan bola tu, pastinya tak sah kalau mulut dan perut tidak dipenuhi dengan kudapan kan? Lagi seronok kalau tengok bola ramai-ramai dapat makan snek kacang Kow Kow.

Bagi korang yang tak tahu pasal snek kacang Kow Kow ni, ianya dipek dalam pembungkusan 15g setiap pek yang dibungkus. So, sambil-sambil layan ‘demam’ World Cup tu senanglah untuk tangan bergerak nikmati snek kacang ni.

Terdapat dua jenis pek yang boleh didapati iaitu Pek 8s (Starter Pek) yang mengandungi 8 peket kecil setiap bungkus dan Pek 20s (Party Pek) yang mengandungi 20 peket kecil setiap bungkus. Selain daripada itu, juga terdapat dalam Pek 8s (Mixed) dan Pek 20s (Mixed) yang mengandungi semua perisa.

Bagi peminat kacang Kow Kow ni, ada berita baik untuk korang semua. Sertai peraduan Kow Kow World Cup yang bermula pada 1 November sehingga 20 Disember 2022 ini untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Pemenang tempat pertama bakal bawa pulang sebuah iPad, manakala tempat kedua pula Kow Kow bakal tawarkan 10 helai jersi bola sepak original untuk 10 pemenang bertuah serta 20 e-baucar TnG untuk 20 pemenang di tempat ketiga. Best kan?

Pada yang nak sertai peraduan ni, cara dia senang je.Korang cuma perlu beli 3 Pek Snek Kacang Kow Kow 6s/8s atau 1 Pek Snek Kacang Kow Kow 20s terlebih dahulu. Kemudian, imbas kod QR atau WhatsApp gambar resit pembelian korang tu ke nombor Kow Kow iaitu 011-62229933

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk Snek Kacang Kow Kow, layari laman web Kow Kow di sini

Kalau korang tak tahu dan nak dapatkan produk Snek Kacang Kow Kow, ianya boleh didapati di semua Pasaraya Besar seperti 7 Eleven, MyNews, Lotus’s, Mydin, AEON, TF Valuemart, NSK, Giant, Ninso dan lain-lain pasaraya berdekatan. Juga terdapat di Caltex dan Petron (terpilih). Jangan tunggu lagi!