Sempena sambutan Hari Malaysia, Palm Garden Hotel Putrajaya bekerjasama dengan Oriental Kopi sebagai rakan kopi rasmi bagi pengalaman Kopi Dulu, satu tradisi minum petang yang mengetengahkan budaya kopi tempatan.
Berlangsung setiap hari dari 3.30 petang hingga 5.30 petang di Courtyard, Kopi Dulu mengajak tetamu menikmati secawan kopi bersama sajian ringan tempatan dalam suasana santai.

Nama ‘Kopi Dulu’ membawa dua maksud; menikmati kopi sebagai perkara pertama sebelum meneruskan aktiviti lain, selain mengimbau nostalgia zaman dahulu ketika menikmati kopi sambil bersembang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Malaysia.

Dengan penyertaan Oriental Kopi, pengalaman ini kini menampilkan kopi tempatan yang sememangnya dekat dengan citarasa rakyat Malaysia, bersama pilihan kudapan minum petang.
Kerjasama berkenaan turut mencerminkan usaha Palm Garden Hotel Putrajaya untuk mengetengahkan budaya dan tradisi tempatan menerusi pengalaman yang boleh dinikmati tetamu.
Jadi, sempena Hari Malaysia ini, apa kata kopi dulu?
Tetamu hotel boleh menikmati pengalaman Kopi Dulu setiap hari di Courtyard, dari 3.30 petang hingga 5.30 petang.
