Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Panaskan Lauk Berulang Kali, Ini Risiko Yang Perlu Diketahui

Athirah
panaskan lauk
Kredit: ImageFX

Panaskan Lauk Berulang Kali, Ini Risiko Yang Perlu Diketahui

Kebiasaannya, kita pasti akan memanaskan semula makanan yang tidak habis dimakan atau disimpan, bukan?

Kaedah ini dianggap mudah dan praktikal untuk menjimatkan makanan serta mengurangkan pembaziran harian.

Namun, di sebalik kemudahan itu, ada aspek kesihatan yang sering kita abaikan.

Memanaskan makanan bukan sahaja boleh menjejaskan rasa dan teksturnya, malah dalam beberapa keadaan, ia boleh menjadi berbahaya.

Ramai di antara kita mungkin tidak menyedari bahawa sesetengah makanan yang dipanaskan semula berulang kali boleh menghasilkan toksin atau bahan berbahaya yang memberi kesan negatif kepada tubuh.

Oleh itu, SK ingin kongsikan beberapa risiko kesihatan yang boleh timbul apabila lauk dipanaskan semula berulang kali, menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM).

Awas, panaskan lauk berulang kali boleh buat anda masuk wad

"Eh, panaskan balik lauk lebihan malam raya tu, sayang nak buang. Boleh makan dengan nasi panas pagi ni."

Ini adalah skrip wajib setiap kali musim perayaan. Memang tak salah nak elak pembaziran, tapi tabiat memanaskan lauk dan nasi yang sama berulang-ulang kali (sampai 3 hari) adalah tiket pantas untuk anda sekeluarga kena cirit-birit dan muntah teruk!

Kenapa bahaya sangat? Mari kita tengok dari sudut sains mikrobiologi:

1. ZON BAHAYA (The Danger Zone: 5 Celcius hingga 60 Celcius)

Bila lauk pauk dibiarkan terhidang atas meja pada suhu bilik melebihi 2 JAM, ia telah masuk ke dalam zon suhu paling optimum untuk bakteria membiak dengan sangat pantas.

2. KEMUNCULAN BAKTERIA 'BACILLUS CEREUS' (Sindrom Nasi Panas)

Bakteria ini sangat sukakan nasi dan makanan berkanji. Apabila lauk atau nasi dibiarkan lama di luar, bakteria ini akan mula membiak dan merembeskan TOKSIN (racun) yang sangat kuat ke dalam makanan anda.

3. MITOS BESAR: "Panaskan atas api mendidih, matilah kuman tu kan?"

SALAH! Walaupun api yang panas boleh membunuh bakteria tersebut, tetapi TOKSIN (racun) yang telah dikeluarkan oleh bakteria tadi bersifat kebal haba (Heat-Stable).

Maksudnya, anda panaskan lauk itu sampai menggelegak pun, racun itu tetap ada dan sedia untuk menghancurkan usus anda!

4. HILANG NUTRISI PENUH

Selain risiko keracunan, memanaskan lauk yang sama berulang kali akan memusnahkan struktur vitamin (seperti Vitamin B dan C) dan protein, menjadikan makanan itu hanya sekadar kalori kosong.

S.O.P SIMPAN & PANASKAN LAUK YANG BETUL:

- Peraturan 2 Jam: Jangan biarkan makanan terhidang di luar lebih dari 2 jam. Terus simpan dalam peti ais.

- Asingkan Bekas: Bahagikan baki lauk ke dalam bekas kecil (portion kecil).

- Panaskan Sekali Sahaja: Keluarkan satu bekas kecil sahaja untuk dipanaskan dan dihabiskan.

Jangan panaskan satu periuk besar, kemudian simpan balik baki yang tak habis ke dalam peti ais. HANYA PANASKAN 1 KALI SAHAJA!

Sumber:Facebook