Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Elakkan Aktiviti Pantai, METMalaysia Keluarkan Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku hingga 21 Februari ini.
Menerusi hantaran Malaysian Meteorological Department di Facebook, kemasukan luruan angin monsun ke rantau negara yang berpotensi membawa cuaca lebih lembap.
Keadaan ini dijangka menyebabkan ribut petir dan hujan lebat berterusan di Sabah serta Sarawak dari 19 hingga 23 Februari, selain angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan (LCS).
Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan LCS bermula 18 hingga 21 Februari.
Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman web rasmi MET Malaysia di www.met.gov.my, media sosial rasmi, serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih.