Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

'Mereka' Pun Nak Join Sekali, Gerombolan Lembu Sempat Berhenti Ketika Wanita Nak OOTD Raya

lembu
Kredit: @yusnitayosop via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

'Mereka' Pun Nak Join Sekali, Gerombolan Lembu Sempat Berhenti Ketika Wanita Nak OOTD Raya

Istilah OOTD atau Outfit of the Day, merujuk kepada trend berkongsi gaya pemakaian harian melalui gambar mahupun video di media sosial.

Ia menjadi satu cara untuk menampilkan fesyen, keyakinan diri serta kreativiti dalam bergaya.

Lebih-lebih lagi ketika sambutan hari raya, tradisi mengenakan pakaian baharu dan berhias cantik menjadikan ramai tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar OOTD.

Suasana meriah, warna-warni busana serta momen berkumpul bersama keluarga menjadikan sesi bergambar ini antara perkara yang paling dinantikan setiap tahun.

OOTD raya bersama lembu

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan beberapa wanita dan seorang lelaki yang mengambil gambar di hari raya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @yusnitayosop di TikTok, mereka dilihat teruja bergilir-gilir mengambil gambar dengan pantas bersama sekawan lembu.

Difahamkan, kesemua mereka merupakan sepupu-sepapat dan telah membesar bersama dengan rapat sejak kecil lagi.

Cousin cousin semua ni, dari kecil memang happy macam ni,” jelasnya.

Dalam video tersebut, sekawan lembu tersebut dilihat berjalan menghampiri mereka.

Kredit: @yusnitayosop via TikTok

Lebih menghiburkan lagi, haiwan itu kemudiannya berhenti seolah-olah memahami situasi, sekali gus membolehkan mereka meneruskan sesi bergambar.

Pada video lain yang dikongsikan oleh @yusnitayosop, suasana bertukar menjadi kecoh apabila lembu-lembu tersebut tiba-tiba berlari ke arah mereka.

Ahli keluarga berkenaan dilihat bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri, malah terdapat seekor lembu yang turut terjatuh ketika kejadian itu.

Gelagat spontan tersebut bukan sahaja mencuit hati, malah memperlihatkan keakraban hubungan kekeluargaan yang kekal ceria walaupun berdepan situasi tidak dijangka.

Video tersebut mencecah 2.3 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pelbagai pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi.

Kebanyakannya, terhibur dan berseloroh kerana sekawan lembu tersebut berhenti seolah-olah memberi waktu untuk mereka mengambil gambar.

"Pandai pula dia berhenti last tu," komen seorang warga maya.

"Cepat sikit oi nak lalu ni, pandai pula dia stop tunggu eh," komen seorang lagi warga maya.