Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Panel Dinding Di Stesen Masjid Jamek Runtuh
KUALA LUMPUR — Sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Rapid Rail, insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
“Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail.
Tambah Rapid Rail, pihaknya turut menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kejadian secara terperinci untuk memastikan struktur binaan Stesen Masjid Jamek selamat.
Anggota Polis Bantuan tambahan juga telah ditempatkan di stesen bagi melancarkan pergerakan penumpang.
“Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang ketika ini.
“Sebarang perkembangan terkini akan dikemas kini menerusi laman media sosial Rapid KL,” maklum kenyataan tersebut.
Dalam masa yang sama,Rapid Rail turut menjelaskan perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan ke destinasi yang ditujui.
Di lokasi berbeza, sebanyak 45 kanopi di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) tercabut dan diterbangkan angin susulan hujan lebat, angin kuat yang melanda petang tadi.
Situasi bazar berkenaan dikongsikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran di Facebook.
Difahamkan, pihak DBKL telah melaksanakan kerja-kerja penggantian kanopi menggunakan kanopi simpanan yang telah diberikan oleh pihak penaja sejurus kejadian bagi memastikan kelangsungan operasi bazar berjalan seperti biasa.
Sumber: Rapid Rail