Siakap Keli
stadium baharu manchester united
Gambar: Manchester United

Manchester United Umum Bakal Bina Stadium Baharu

Manchester United Umum Bakal Bina Stadium Baharu

MANCHESTER — Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mengumumkan bakal membina sebuah stadium baharu berkapasiti 100,000 tempat duduk.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pembinaan stadium berkenaan adalah sebagai mercu tanda baharu, dalam usaha pemulihan semula stadium ikonik Old Trafford.

Konsep imej dan reka bentuk di sekeliling stadium baharu itu turut didedahkan hari ini.

https://www.facebook.com/manchesterunited/videos/1941895899633122

Kata pemilik bersama, Jim Ratcliffe, projek pemulihan ini berpotensi menyumbang £7.3 bilion tambahan setahun kepada ekonomi termasuk membuka peluang kepada lebih 92,000 pekerjaan baharu, 17,000 kediaman baharu dan menarik 1.8 juta pelawat setiap tahun.

“Hari ini menandakan permulaan perjalanan baharu dalam merealisasikan pembinaan stadium bola sepak terbaik di dunia, di tengah-tengah kawasan Old Trafford yang telah diperbaharui.

“Selama 115 tahun, Old Trafford telah banyak memberikan jasa kepada semua namun ia sudah agak ketinggalan berbanding arena sukan terbaik di dunia yang lain.

“Dengan membina di sebelah tapak sedia ada, kami dapat mengekalkan identiti Old Trafford sambil mencipta sebuah stadium moden yang dapat memberikan pengalaman kepada peminat, hanya beberapa langkah dari stadium ikonik itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Eksekutif Manchester United, Omar Berrada turut optimis dengan projek jangka masa panjang stadium berkenaan.

“Matlamat jangka panjang kami sebagai sebuah kelab adalah untuk memiliki pasukan bola sepak terbaik di dunia yang bermain di stadium terbaik di dunia.

“Kami berterima kasih atas kerja kajian kebolehlaksanaan yang telah dijalankan oleh Pasukan Petugas Pemulihan Old Trafford dalam meneroka pilihan masa depan untuk Old Trafford.

“Kami telah meneliti dengan teliti hasil kajian ini, bersama pandangan ribuan peminat dan penduduk tempatan, dan telah membuat kesimpulan bahawa pembinaan stadium baharu adalah langkah terbaik untuk Manchester United serta komuniti di sekelilingnya. Kami kini akan memulakan rundingan lanjut bagi memastikan suara peminat dan penduduk terus didengar dalam usaha menuju ke arah keputusan akhir.

Perkara itu turut dikongsikan oleh wartawan antarabangsa, Fabrizio Romano dalam hantaran di Facebook rasmi miliknya.

https://www.facebook.com/fabrizioromanoherewego/posts/pfbid0KNsUsExKQSZ4Rc45E8xb41b2PPzkvmZPMrxJhhzMZNXNveXNm3pc9MTv7oFvwRAql

Walau bagaimanapun, tarikh mula pembinaan projek stadium baharu ini masih belum diberitahu.

Sumber: Manchester United

BACA: Liverpool Umum Jalin Kerjasama Lagi Dengan Adidas

BACA: ‘Siuuu’ Faisal Halim Kembali Bergema, Ledak Hatrik Bantu Selangor Benam KDN

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.