Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Panggil Orang Nerd, Adalah Satu Jenayah Memalukan Seseorang – Pensyarah Psikologi

Pensyarah psikologi dan psychotherapist Dr Sonja Falck mengatakan individu yang bertindak memalukan seseorang adalah suatu jenayah.

Individu yang memanggil individu lain dengan panggilan ‘nerd’ merupakan suatu jenayah yang mampu memberi kesan negatif kepada kehidupan seseorang itu.

Pensyarah University of East London dan psikoterapi Harley Street turut berpendapat mereka yang mengalami tahap penderitaan dan pengasingan yang sama seperti kumpulan minoriti lain akan menerima penderaan lisan.

Ia berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan keatas berpuluh kanak-kanak, ibu bapa dan orang dewasa yang mempunyai pengalaman yang tersendiri.

Gambar Hiasan

Menurut Dr Falck, perkataan N adalah istilah yang sering digunakan di UK dari tahun 1960-an.

Tambahnya lagi, lain-lain penghinaan terhadap usia, kecacatan, agama, identiti jantina juga masih digunakan secara meluas hingga kini.

Di England dan Wales, mana-mana komunikasi yang mengancam atau kasar dan ditujukan kepada seseorang kerana bangsa, warna, kecacatan, kewarganegaraan, etnik, agama, orientasi seksual atau identiti jantina dikelaskan sebagai jenayah.

Ia dilindungi oleh pelbagai undang-undang termasuk Akta Ketenteraman Awam 1986.

Ini telah disemak selama bertahun-tahun untuk memasukkan bahasa yang dianggap menghasut kebencian berorientasikan kaum, agama dan seksual. Penalti boleh termasuk dipenjara, denda, atau kedua-duanya.

Dr Falck yang juga menjalankan amalan psikoterapi Harley Street, mengatakan undang-undang perlu diperluaskan bagi memastikan jenayah lisan ini tidak berlaku.

Sumber: Daily Mail