Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Panjang Umur, Lelaki Nyaris Maut Digilis Kereta Api Selepas Terjatuh Di Atas Landasan7

Syed Faisal Sayed Muhammad
lelaki digilis kereta api
Kredit SWNS

Panjang Umur, Lelaki Nyaris Maut Digilis Kereta Api Selepas Terjatuh Di Atas Landasan

Seorang lelaki dilaporkan terselamat daripada digilis kereta api yang sedang bergerak dengan cara terbaring diam di atas landasan, lapor Independent.

Lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu terjun dari kereta api untuk membeli biskut dan minuman sejuk ketika berhenti di stesen kereta api Bagaha, West Champaran, India.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Bettiah ke New Delhi pada 29 September lalu.

Tragedi bermula selepas kereta api mula bergerak dan dia cuba berlari untuk melompat ke dalam kereta api.

Lelaki itu bagaimanapun tergelinicir dan terjatuh ke bawah gerabak kereta api yang sedang bergerak.

Menurut saksi di tempat kejadian, lelaki itu terselamat di bawah kereta api bergerak itu dengan cara berbaring kaku di atas landasan.

Sebuah video yang dikongsikan memaparkan seorang pegawai sedang melihat kejadian ngeri itu hanya menunggu sehingga kereta api itu berlalu pergi.

Sumber tempatan berkata: “Dia berhati-hati dengan pergerakannya dan diam, menunggu kereta api berlalu.

“Selepas kereta api itu pergi, polis Railway Protection Force (RPF) Harishchandra Yadav datang untuk membantu mangsa. Dia turun ke landasan dan mendapatkannya.

“Lelaki itu mengalami kecederaan ringan dan pakaiannya terkoyak di beberapa bahagian ekoran kejadian itu,” kata sumber tersebut.

Selepas membantu mengeluarkannya dari landasan, orang yang berada di lokasi kejadian telah memberi lelaki itu tuala untuk membalut kepalanya.

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Bettiah ke New Delhi pada 29 September lalu.

‘Tergantung’ Bawah Landasan, Sky Train Pertama China Mula Beroperasi

Kerata api ‘tergantung’ pertama China, atau dikenali sebagai Sky Train mula beroperasi di bandar Wuhan, Selasa lepas.

Menurut CCTV Plus, untuk Fasa Pertama, Sky Train tersebut beroperasi pada landasan sepanjang 10.5 kilometer dengan enam perhentian.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Beroperasi tanpa pemandu, pengangkutan awam terbaru itu mampu bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam dengan setiap gerabak mampu memuatkan sehingga 110 orang penumpang.

Berbeza dengan kereta api tradisional dan yang lain, sistem monorel ini adalah lebih efisyen serta memberikan pengalaman perjalanan yang lebih selesa. Malah, landasannya juga tidak bertembung dengan laluan pengangkutan lain dan juga penjalan kaki.

Sumber: Independent