Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Syaqiera Paris 2024
Gambar: BERNAMA

Paris 2024: Hasrat Syaqiera Tersekat Menerusi ‘Shoot-Off’

Iqbal Yasir

Paris 2024: Hasrat Syaqiera Tersekat Menerusi ‘Shoot-Off’

PARIS, 30 Julai (Bernama) — Hasrat atlet memanah negara, Syaqiera Mashayikh untuk mara ke aksi penyingkiran 1/8 tidak kesampaian apabila tewas 5-6 kepada Ana Luiza Sliachticas Caetano dari Brazil hari ini.

Beraksi dalam panas terik sekitar 32 darjah celcius di Invalides, keputusan terpaksa ditentukan menerusi ’shoot-off’ selepas kedua-dua atlet terikat 5-5 selepas lima set pada aksi penyingkiran 1/16.

Syaqiera, 23, yang membuat penampilan kedua di Olimpik selepas Tokyo 2020 bagaimanapun terpaksa akur kepada wakil Brazil itu yang membidik 9 mata, manakala beliau hanya meraih 8 mata.

Terdahulu, Syaqiera membidik 27, 28, 28, 27, 24 pada lima set, manakala Ana Luiza mencatatkan 27, 28, 24, 27, 29.

Bercakap kepada Bernama selepas aksi berkenaan, Syaqiera berpuas hati dengan bidikan konsistennya pada edisi kali ini dan bertekad bekerja keras untuk menjadi pesaing utama pingat pada Sukan SEA Thailand tahun depan.

“Prestasi sebelum ini agak mendatar, tetapi di sini ada nampak prestasi saya meningkat dan panahan saya konsisten. Cuaca memang panas pada hari ini.

“Berbanding Tokyo, keadaan di sini lebih meriah dengan saingan pun lebih sengit. Apa perlu ditingkatkan ialah skil dan mental ketika pertandingan kerana ia penting untuk menentukan pemenang,” katanya.

Syaqiera turut berharap kejayaan rakan sepasukannya Ariana Nur Diana Mohamad Zairi dan Nurul Azreena Mohamad Fazil yang bakal membuka kempen masing-masing dalam pusingan penyingkiran 1/32 esok.

Ariana Nur Diana bakal bertemu Ciara Rebagliati, manakala Nur Azreena akan mencabar Elif Berra Gokkir dari Turki.

Terdahulu, Syaqiera membuka kempen dalam acara individu wanita itu dengan menyingkirkan Alexandra Mirca dari Moldova 6-0 pada pusingan 1/32, sekali gus mengatasi keputusan di Tokyo, apabila beliau tersingkir seawal pusingan pertama.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Paris 2024: Pearly-Thinaah Bangkit Benam Bekas Juara Dunia

BACA: Jangan Jawab Kalau Isteri Tanya ‘ Nak Makan Mana’, Bawa Je Pergi 5 Tempat Menarik Ni