Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PAS Bersama PN Teliti Tindakan Susulan Notis RoS

PAS bersama PN
Kredit: Bernama

PAS akan bersama-sama parti komponen Perikatan Nasional (PN) meneliti dan mengambil tindakan susulan yang wajar berhubung notis tunjuk sebab serta perintah penggantungan terhadap gabungan itu yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

PAS Bersama PN teliti tindakan susulan notis RoS

PAS dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mengambil maklum notis tunjuk sebab dalam tempoh 30 hari bertarikh 22 Sept 2026 yang dikeluarkan RoS terhadap PN di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], susulan aduan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

PAS turut mengambil maklum perintah penggantungan serta-merta terhadap PN yang dikeluarkan RoS bertarikh 23 Sept 2026.

Menurut kenyataan itu, PAS yakin notis dan perintah berkenaan akan diuruskan mengikut peruntukan undang-undang serta proses perundangan yang sewajarnya oleh PN.

“Atas prinsip musyawarah dan akauntabiliti, PAS juga akan bersama-sama parti komponen dalam PN yang bertanggungjawab bagi meneliti dan mengambil segala langkah yang wajar mengikut lunas undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, terutamanya Akta Pertubuhan 1966,” menurut kenyataan itu.

Langkah berkenaan adalah bagi memastikan matlamat dan objektif penubuhan serta perjuangan PN terus dipenuhi mengikut peruntu