Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PAS Perlis Hargai Pelantikan Tiga Penyelaras DUN

PENYELARAS
Kredit: Facebook Abu Bakar Hamzah

PAS Perlis Hargai Pelantikan Tiga Penyelaras DUN

PAS Perlis merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah susulan pelantikan tiga wakil parti itu sebagai penyelaras di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini disandang PAS.

Menurut PAS Perlis, pelantikan penyelaras di DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji itu diyakini mampu memperkukuh hubungan antara kepimpinan dan rakyat selain meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan di peringkat akar umbi.

Tiga individu yang dilantik ialah Aziz Ahmad bagi DUN Chuping, Jamil Kamis (Bintong) dan Ahmad Adnan Fadzil (Guar Sanji).

Kesemua mereka menerima watikah pelantikan daripada Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah pada Sabtu lalu di kediaman rasmi beliau.

“PAS Perlis turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Perlis atas kepercayaan yang diberikan kepada ketiga-tiga tokoh ini untuk memikul amanah tersebut.

“Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan antara kepimpinan dan rakyat serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan di peringkat akar umbi,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.