Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pas Sambut Baik Pengumuman Menteri Kabinet Baharu

Gambar: Bernama

Kuala Terengganu: PAS menyifatkan pembentukan kabinet seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah dilakukan secara berhemat, dengan mengambil kira aspek integriti, kelayakan serta keseimbangan di antara wilayah.

Menerusi satu kenyataan, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pelantikan itu mampu memastikan mutu perkhidmatan yang baik oleh pihak kerajaan, dan pihaknya menyambut baik pelantikan yang telah diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi.

”PAS turut berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada kami (PAS) dan akan menunaikan kewajipan ini, dengan pertolongan Allah serta mengharapkan kerjasama daripada penjawat awam dan rakyat.

“Pas berikrar akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya, dan bersedia untuk menerima pandangan positif daripada semua pihak, khususnya dalam kalangan ahli akademik, profesional dan tokoh masyarakat yang berkebolehan, untuk membantu membangunkan negara tercinta,” katanya.

Sumber: Bernama