Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pasangan Warga Indonesia Positif Covid-19 Larikan Diri Berjaya Dikesan Polis

Gambar: Polis Sarawak

Pasangan warga Indonesia positif Covid-19 yang dilaporkan melarikan diri telah berjaya dikesan oleh pihak polis hari ini.

Iklan

Menerusi kenyataan ringkas oleh Polis Sarawak di laman facebook, pasangan tersebut ditemui oleh pihak polis di kawasan perumahan baru di tepi Jalan Matang Baru, Kuching.

Kedua-dua suspek seterusnya akan dibawa ke oleh pihak KKM ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan dan rawatan susulan.

Semalam, dua warganegara Indonesia berkenaan yang disahkan positif Covid-19 di Sarawak selepas menjalani saringan bagi pemohonan permit kerja disedari telah melarikan diri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan bahawa kedua-dua mereka melarikan diri semasa pihak JPBN sedang menjalankan pengesanan kontak rapat dan mencari punca jangkitan.

Sumber: Polis Sarawak