Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pasport Malaysia Masih Tunjuk Taring, Kekal Dalam Kelompok 10 Paling Berkuasa Dunia

Pasport Malaysia
Kredit: Bernama

Pasport Malaysia Masih Tunjuk Taring, Kekal Dalam Kelompok 10 Paling Berkuasa Dunia

Pasport Malaysia kekal menunjukkan 'taringnya' apabila masih berada dalam kelompok 10 pasport paling berkuasa di dunia.

Menerusi Indeks Pasport Henley 2026 yang baru dikeluarkan, Malaysia menduduki tempat ketujuh dengan akses tanpa visa ke 183 destinasi.

Malaysia turut berkongsi kedudukan dengan Australia, Kanada, Czechia, Latvia, New Zealand, Slovakia dan Slovenia.

Selain itu, pasport Singapura masih selesa di tempat pertama dengan skor tanpa visa ke 192 destinasi.

Di tangga kedua, Jepun, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu berkongsi kedudukan dengan akses tanpa visa ke 188 negara lain.

Sweden pula berada di tempat ketiga paling berkuasa di dunia dengan 187 akses tanpa visa.

Bagi kedudukan keempat, ia dikongsi oleh Belgium, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Norway da Sepanyol.

Di tempat kelima, Austria, Greece, Malta, Portugal dan Switzerland turut berkongsi kedudukan.

Keenam pula, Hungary, Poland, United Kingdom disenaraikan bersama dengan 184 akses tanpa visa.

Sementara itu, Croatia dan Estonia di tempat kelapan, Liechtenstein dan Lithuania di tempat kesembilan serta Iceland dan Amerika Syarikat di kedudukan ke-10.

Untuk pengetahuan, menerusi indeks yang dikeluarkan pada Mei lalu, Malaysia berada di kedudukan keenam paling berkuasa di dunia. Justeru, indeks terbaru ini menunjukkan penurunan satu anak tangga.

Indeks Pasport Henley merupakan penarafan asal dan paling berwibawa bagi semua pasport di dunia berdasarkan jumlah destinasi yang boleh dikunjungi oleh pemegangnya tanpa perlu mendapatkan visa terlebih dahulu.

"Indeks ini merangkumi 199 pasport dan 227 destinasi pelancongan, sekali gus menyediakan maklumat paling menyeluruh dan boleh dipercayai mengenai akses global serta mobiliti pemegang pasport.

"Dengan data sejarah selama 20 tahun serta analisis pakar yang dikemas kini secara berkala mengenai perubahan terkini dalam kekuatan pasport, indeks ini menjadi sumber penting bagi masyarakat global dan rujukan standard untuk dasar kerajaan dalam bidang berkenaan," kata laman indeks itu.

Intipati
  • Malaysia menduduki tempat ketujuh Indeks Pasport Henley 2026 dengan 183 akses tanpa visa.
  • Kedudukan itu dikongsi bersama Australia, Kanada, Czechia, Latvia, New Zealand, Slovakia dan Slovenia.
  • Singapura kekal di tempat pertama dengan akses tanpa visa ke 192 destinasi global.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan