Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pasti Semua Suka, Ini Resipi "Matcha Strawberry Crunch" Tanpa Perlu Oven

Azzwin
matcha strawberry crunch
Kredit: @yellowbeanie_

Pasti Semua Suka, Ini Resipi "Matcha Strawberry Crunch" Tanpa Perlu Oven

Sejak kebelakangan ini, gabungan warna matcha dan strawberi sudah menjadi trend di media sosial.

Kombinasi warna hijau lembut dan merah jambu ini sering dianggap "aesthetic" dan menarik perhatian orang ramai.

Malah, ada juga yang mula merancang untuk menjadikan padanan warna ini sebagai tema sambutan Hari Raya pada tahun ini.

Disebabkan trend tersebut, ramai yang semakin kreatif menghasilkan pelbagai hidangan berasaskan gabungan matcha dan strawberi.

Jika sebelum ini kita sering melihatnya dalam bentuk minuman, kini semakin banyak pencuci mulut dan snek yang diinspirasikan daripada kombinasi dua perisa ini.

Bagi yang ingin mencuba sesuatu yang ringkas di rumah, resipi biskut “matcha strawberry crunch” ini boleh menjadi pilihan kerana cara penyediaannya juga cukup mudah.

Untuk makluman pembaca, resipi ini diambil daripada pengguna @yellowbeanie_ di TikTok.

Bahan-bahan biskut "matcha strawberry crunch"

Menurut @yellowbeanie_, untuk menyediakan resipi ini, bahan-bahannya cukup ringkas.

Anda cuma memerlukan empat bahan iaitu coklat putih, serbuk matcha, bijirin segera serta coklat bar berperisa strawberi.

Coklat bar berperisa strawberi ini membantu menambah sentuhan rasa buah yang sedikit masam manis dalam hidangan.

Kredit: @yellowbeanie_

Cara-cara menyediakan biskut "matcha strawberry crunch"

Mula-mula, @yellowbeanie_ mencairkan ketulan coklat putih menggunakan teknik double boiling sehingga menjadi cair.

Setelah itu, masukkan serbuk matcha yang telah diayak ke dalam coklat putih yang telah dicairkan tadi.

Gaulkan sehingga sebati, kemudian tambahkan sedikit lagi serbuk matcha dan kacau semula sehingga campuran bertukar menjadi warna hijau yang lebih pekat.

Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan bijirin segera.

Tuangkan adunan coklat putih dan matcha tadi ke dalam mangkuk tersebut, kemudian gaulkan sehingga semua bijirin bersalut dengan adunan.

Seterusnya, alas dulang dengan kertas pembalut makanan atau kertas pembakar.

Kredit: @yellowbeanie_

Kemudian, @yellowbeanie_ mencedok adunan bijirin tadi dan susun di atas dulang dalam bentuk bulat.

Setelah siap, masukkan dulang ke dalam peti sejuk dan biarkan selama kira-kira satu jam sehingga adunan mengeras.

Sementara itu, cairkan pula coklat bar berperisa strawberi menggunakan teknik double boiling.

Setelah coklat strawberi cair, tambahkan sedikit kepingan coklat putih dan gaulkan sehingga sebati.

Akhir sekali, keluarkan biskut bijirin matcha yang telah disejukkan tadi dan celupkan sebahagiannya ke dalam coklat strawberi yang telah dicairkan.

Celupkan hanya separuh bahagian biskut supaya warna hijau matcha dan merah jambu strawberi kelihatan jelas.