Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Patutlah Tak Guna Benda Lain, Rupanya Ini Sebab Keypad ATM Guna Besi

Iqbal Yasir
Sebab Keypad ATM Guna Besi
Kredit; Astro Awani

Patutlah Tak Guna Benda Lain, Rupanya Ini Sebab Keypad ATM Guna Besi

Pernah tak anda terfikir masa tengah cucuk duit di mesin (Automated Teller Machine) ATM, kenapa papan kekunci (keypad) dia sejuk dan keras semacam?

Perkara ini menimbulkan persoalan kenapa bank tak guna keypad plastik yang lembut macam alat kawalan jauh TV atau kalkulator tu?

Mungkin ada yang ingat ia sekadar nak bagi tahan lama atau tak nak bagi pencuri cungkil, tapi sebenarnya ada rahsia besar yang berkaitan dengan keselamatan duit anda.

Sebab Ini Keypad ATM Guna Besi

Kredit: Rongua

Elak ‘Dicuri’ Guna Kamera Haba

Mungkin ramai yang ingat keypad ATM diperbuat daripada besi biasa (stainless steel).

Ramai yang tak tahu, disebalik keypad besi ini mempunyai ciri sangat penting Thermal Imaging, dimana dapat mengelakkan pencuri dapat mengesan serangan kamera sensor haba.

Dalam bahasa yang mudah, jika menggunakan keypad plastik, haba daripada jari kita akan tertinggal pada butang yang ditekan.

Perkara ini membolehkan penjenayah rakam guna kamera haba sejurus selepas anda beredar, mereka boleh tahu nombor PIN anda berdasarkan warna haba yang paling terang (yang paling baru ditekan).

Kenapa Besi Lebih Selamat?

Gambar: Bernama

Selain itu, besi dipilih disebabkan tahap kekonduksian haba yang sangat tinggi.

Maksudnya, bila anda tekan butang besi tu, haba dari jari anda akan tersebar dan hilang dengan sangat cepat. Jadi, jika penjenayah cuba ambil gambar haba sekalipun, mereka takkan nampak susunan nombor yang baru ditekan tadi.

Ciri-Ciri Lain

Tahan Lasak: Mesin ATM ni beroperasi 24 jam. Bayangkan berapa ribu orang tekan sehari? Besi lebih tahan lama dan susah nak rosak sekiranya ada individu yang cuba nak sabotaj atau cungkil butang tersebut.

Kalis Cuaca: Kebanyakan mesin ATM diletakkan di luar bangunan. Besi tahan dengan hujan, panas melampau, dan debu tanpa menjejaskan litar di dalamnya.

Lebih Bersih: Bahan stainless steel sebenarnya lebih mudah dibersihkan dan disinfeksi berbanding plastik, sangat penting untuk mesin yang disentuh oleh beratus tangan setiap hari

Kredit: Bernama

Bunyi 'Klik': Bunyi 'klik ini memastikan pengguna sedar bahawa butang tersebut telah ditekan dengan betul.

Ramai yang tak perasan bahawa perkara kecil macam ni sebenarnya direka untuk melindungi kita.

Jadi, lepas ni kalau nampak keypad besi tu, janganlah mengeluh sebab ia sejuk, tapi bersyukur sebab ia tengah lindungi akaun bank anda.