Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PBB Dedah Temui Lapan Kubur Besar Di Libya, Identiti Mayat-Mayat Masih Belum Dikenalpasti

Gambar: CNN

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa sekurang-kurangnya terdapat lapan kubur besar telah ditemui di Libya.

Dalam ciapannya, UNSMIL melaporkan mengenai penemuan ‘ngeri’ tersebut sejak beberapa hari lalu dan kebanyakan darinya berada di Tarhuna.

Minggu lalu, Government of National Accord (GNA) yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Libya mengumumkan penguasaan ke atas Tarhuna, sebuah bandar penting di tenggara ibu kota Tripoli.

Pun begitu, masih tidak jelas mengenai siapa yang bertanggungjawab menggali kubur itu.

Menurut CNN, Keadaan di Tarhuna sangat kritikal bagi pasukan Haftar kerana pangkalan strategik dan laluan bekalan untuk serangan mereka di Tripoli. Bandar ini merupakan kubu kuat terakhir oleh pasukan Haftar di Libya barat.

“Kami meminta setiap anggota untuk segera mengawasi perkuburan besar itu, mengenalpasti mangsa, menentukan penyebab kematian dan mengembalikan mayat kepada saudara terdekat,” kata Menteri Kehakiman Libya.

Sumber: CNN