Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PBB Mahu Korea Utara Beri Penjelasan Berhubung 316 Kes Orang Hilang

Gambar sekadar hiasan: Business Insider/Reuters

Seoul: Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Seoul meminta Korea Utara menjelaskan mengenai kes 316 orang hilang, termasuk warga Korea Selatan dan Jepun, lapor agensi berita Yonhap.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) di Seoul dalam Twitternya pada Ahad, berkata 11 penumpang dan kru pesawat Korean Air flight yang dirampas Korea Utara pada 1969 dan 12 warga Jepun diculik di 1970-an dan 80-an.

“Sempena sambutan hari orang hilang peringkat antarabangsa, mari kita mengenang semua mangsa yang hilang di Korea Utara dan meminta negara berkenaan menjelaskan nasib dan keberadaan mereka,” tulis pejabat itu di Twitter.

Pada Isnin, pelapor khas PBB mengenai situasi hak asasi manusia Korea Utara, Tomas Ojea Quintana, turut mendesak Pyongyang menghentikan “amalan melenyapkan secara paksa”.

OHCHR membuka pejabatnya di Seoul pada 2015 untuk memantau keadaan hak asasi manusia di Korea Utara dengan bekerjasama dengan kerajaan serta masyarakat awam yang berkaitan.

— BERNAMA