Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pecah Tanah Projek Laman Ilmu@UKM

syafiq halim

BANGI, 7 Ogos 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengadakan Majlis Pecah Tanah Projek Laman Ilmu@UKM yang bakal menempatkan pusat inovasi dengan kerjasama sebuah institusi terkemuka di China. Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Projek Laman Ilmu@UKM merupakan projek pertama yang dilaksanakan di universiti awam dengan anggaran kos pembangunan bernilai RM9.383 juta di tanah berkeluasan 14.37 ekar.

Laman Ilmu@UKM

Kolaborasi ini akan membangunkan incubator park di Laman Ilmu@UKM sebagai hab inovasi dan penyelidikan yang memfokuskan kepada clinical trial dan rawatan menggunakan sel stem.

Selain itu, kerjasama ini juga bakal menawarkan program Ijazah lanjutan program Sarjana dan Doktor Falsafah kepada pelajar.

Komponen inovasi yang dibina melalui projek ini adalah startup division, entrepreneurs division dan digital lab.

Kepakaran dan hasil penyelidikan UKM menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, pendigitalan maklumat, penyebaran dan penggunaan ilmu kepada masyarat setempat dan negara.

Laman Ilmu@UKM

Selain itu, sebahagian projek ini juga akan dijadikan kawasan rekreasi dan bercirikan laman hijau yang akan menjadi salah satu tumpuan rekreasi oleh penduduk setempat kerana ia terletak di dalam pola penempatan serta berhampiran dengan laluan Denai Sungai Langat.

Pembangunan ini boleh dijadikan perintis kepada usaha melestarikan agenda kampus hijau dan meningkatkan rasa kecintaan terhadap alam sekitar serta suasana pembelajaran yang santai untuk pelajar UKM secara khususnya.

Laman Ilmu@UKM

Projek yang dibangunkan ini turut memberi impak kepada gaya hidup sihat, keberkesanan penggunaan tenaga dan pemeliharaan sumber alam sedia ada berdasarkan komponen pembangunan yang dicadangkan pada masyarakat sekitar Bangi dan warga UKM terutamanya.

Projek ini diharapkan bakal membuka peluang pekerjaan dan ruang perniagaan kepada masyarakat setempat di Bangi dan dalam masa yang sama turut memanfaatkan tanah yang dimiliki oleh UKM selain menjadi sebuah destinasi baharu untuk masyarakat setempat.