Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Punca Kematian Pegawai Tribunal Kastam
Gambar: BERNAMA

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan Mati Dengan Leher, Kaki Terjerut Pengikat Kabel

Hannah

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan Mati Dengan Leher, Kaki Terjerut Pengikat Kabel

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) — Seorang pegawai kastam ditemukan maut, dengan leher dan kakinya terikat menggunakan pengikat kabel di Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu melalui panggilan kecemasan MERS 999 pada 10.56 pagi sebelum sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya digerakkan ke lokasi.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terjerut menggunakan pengikat kabel. Mangsa berusia 45 tahun dan merupakan Pegawai Tribunal Kastam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dijumpai.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

BACA: Penjawat Awam Perak Terima Bonus Raya RM1,500

“Polis meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat sila hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Putrajaya di talian 03-88862222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Menurut sumber, mangsa dipercayai hilang sejak Isnin lepas setelah merakam waktu masuk bekerja dan pencarian dalaman telah dilakukan sebelum mayat mangsa ditemukan di dalam sebuah bilik di kementerian itu oleh Angkatan Pertahanan Awam yang melakukan operasi pencarian.

Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam kenyataan mengesahkan terdapat satu insiden kematian di Kompleks Kementerian Kewangan hari ini.

“Keluarga waris telah dimaklumkan berkenaan perkara tersebut oleh pihak berkuasa.

“MOF turut berdukacita dengan kejadian ini dan merakamkan takziah kepada keluarga waris,” menurut kenyataan itu.

Kementerian juga memaklumkan akan memberikan kerjasama penuh dan telah menyerahkan hal ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut.

BACA: Isu Pengacara Radio: Polis Sedang Lengkapkan Siasatan – Ketua Polis Negara

BACA: Kenyataan Rasmi MCMC Berhubung Kes Harith Iskander, Cecelia Yap

Sumber: BERNAMA