Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tembakan Setia Alam
Sumber: BERNAMA

Pekerja Pembersihan Cedera Insiden Tembakan Di Pusat Beli-Belah Di Setia Alam

Hannah

Pekerja Pembersihan Cedera Insiden Tembakan Di Pusat Beli-Belah Di Setia Alam

SHAH ALAM, 8 Feb (Bernama) — Seorang pekerja pembersihan mengalami kecederaan di bahagian kaki dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa seorang warga asing berusia lingkungan 30-an itu telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

Beliau berkata suspek yang juga warga tempatan dipercayai tiba di pusat beli-belah itu lebih kurang 10 malam dan menuju ke arah mangsa sebelum melepaskan tembakan.

“Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selepas melepaskan tembakan, suspek kemudiannya melarikan diri dengan menahan sebuah kenderaan dan memaksa pemandu kenderaan itu membawanya keluar dari kawasan terbabit.

BACA: Pekerja Ditimpa Bencana Kerja Tidak Perlu Bayar Kepada Klinik Panel PERKESO

“Suspek kemudian memaksa pemandu itu menurunkannya di tepi jalan sekitar Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan pemandu terbabit kemudiannya membuat laporan polis,” katanya.

Berikutan itu katanya polis kini giat menjejaki suspek di lokasi terakhir dia dilihat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata pasukannya baru tiba di lokasi.

“Ya betul (berkenaan insiden tembakan) dan pasukan polis baru sampai di tempat kejadian, nanti saya (kongsikan) perkembangan kes,” katanya ketika dihubungi.

Tular di media sosial mengenai satu kejadian tembakan yang dikatakan berlaku di sebuah kedai emas di dalam sebuah pusat-beli belah di Setia Alam.

BACA: Individu Dipanggil Sertai PLKN 3.0 Wajib Hadir – JLKN

Sementara itu, Mohd Iqbal berkata keadaan di sekitar pusat beli-belah berkenaan disahkan selamat daripada ancaman dan dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata polis telah memeriksa semua kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut dan melakukan flushing di kawasan sekitar sebelum mengesahkan situasi dan lokasi kejadian adalah selamat.

“Selepas pemeriksaan rapi, kita sahkan kawasan ini selamat dan premis ini dibenarkan beroperasi seperti biasa esok,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata unit forensik polis sedang melaksanakan siasatan terperinci di lokasi kejadian yang dipercayai berlaku sebelum waktu operasi premis berkenaan berakhir.

Menurut Mohd Iqbal, pihaknya akan memberikan kenyataan penuh selepas siasatan di tempat kejadian selesai.

Terdahulu, lebih 10 pengamal yang berkumpul di luar pusat beli-belah itu dibenarkan masuk dengan diiringi polis untuk melihat situasi dan lokasi kejadian dari dekat.

Tinjauan mendapati lima anggota forensik sedang melakukan kerja pemeriksaan secara terperinci sambil beberapa anggota polis berkawal untuk mengawasi keadaan.

BACA: Pempengaruh Media Sosial Diingatkan Berpada-pada, Tidak Keterlaluan Hasilkan Kandungan – Fahmi

Sumber: BERNAMA