Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah di Kabupaten Indragiri Hilir, Riau dilaporkan cedera akibat ‘diterkam’ buaya selepas keluar dari tandas yang terletak di tepi sungai belakang rumahnya, memetik laporan Tribun News.
Menurut seorang saksi iaitu Nelpa, kejadian itu dikatakan terjadi pada hari Selasa lalu iaitu pada jam 7:00 pagi sebelum pelajar perempuan tersebut pergi ke sekolah, lapor Nelpa yang dikutip dari Tribun Pekanbaru melalui Tribun News.
Mangsa juga dikatakan mengalami luka yang sangat dalam di bahagian atas tapak kaki dan perlu menerima sebanyak 24 jahitan.
Sementara itu pasukan bomba dari daerah berkenaan telah tiba ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Pegawai bertugas juga akan mengambil tindakan lanjut sekiranya haiwan itu ditemui.
Sumber: Tribun News