Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelakon Filem Seram The Ring, Daveigh Chase Meninggal Dunia

The Ring, Daveigh Chase Meninggal
Kredit: AFP

Pelakon Filem Seram The Ring, Daveigh Chase Meninggal Dunia

Pelakon wanita, Daveigh Chase meninggal dunia pada usia 35 tahun akibat sepsis berikutan serangan penyakit meningitis di sebuah hospital di Los Angeles, lapor BBC.

Perkara itu disahkan oleh pengurus lama mendiang, John Ryan Jr.

Ryan menyatakan bahawa Chase telah dimasukkan ke hospital akibat kekurangan zat makanan (malnutrisi) sebelum kematiannya.

Bekas bintang kanak-kanak itu mula berlakon pada usia 4 tahun dan mendapat tawaran kerja pertamanya di Hollywood ketika berusia 7 tahun, namun dia telah bersara daripada dunia lakonan sepenuh masa pada tahun 2015

Karier Chase

Untuk makluman, Daveigh Chase memulakan kerjaya lakonannya di Las Vegas sekitar usia 4 tahun dengan melakukan kerja alih suara dan teater.

Dia mula memegang peranan televisyen pertamanya di Hollywood pada usia 7 tahun, memegang watak kecil dalam sitkom popular Amerika yang diterajui oleh Melissa Joan Hart, Sabrina The Teenage Witch.

Kemunculan sulungnya yang melonjakkan nama beliau di Hollywood berlaku pada tahun 2001 apabila dia memegang watak sebagai Samantha Darko dalam filem Donnie Darko, dan kemudiannya melakonkan watak adik kepada karakter utama dalam filem S Darko pada tahun 2009.

Nama Chase terus terpahat dalam sejarah perfileman pada tahun 2002 sebagai Samara Morgan, hantu berambut panjang yang merangkak keluar dari televisyen dalam filem seram The Ring.

Dia juga pernah memenangi Anugerah Filem MTV 2003 bagi kategori Pelakon Antagonis Terbaik (Best Villain) atas lakonannya sebagai watak menyerupai hantu yang menyeramkan itu.

Pada tahun yang sama, dia meminjamkan suaranya untuk watak Lilo, kanak-kanak perempuan Hawaii yang meminati Elvis Presley dalam filem animasi popular Lilo & Stitch.

Peranan tersebut menyumbang kepada kemenangan Anugerah Annie bagi kategori Lakonan Suara Terbaik dalam Produksi Cetusan Animasi.

Chase terus menyumbang suara untuk watak tersebut dalam siri sampingan (spin-off) yang seterusnya.

Charmed, ER, Touched by an Angel, Big Love (HBO) juga antara drama yang pernah dibintanginya.

Sumber:BBC