Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelakon Ridani Ghani Meninggal Dunia
Pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, meninggal dunia selepas hampir setahun berjuang melawan kanser ovari.
Lapor portal berita tempatan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 pagi Isnin ketika menerima rawatan di Hospital Selayang.
Berita pemergian beliau turut dikongsikan sahabat baiknya, Yaya Maembong menerusi satu hantaran yang menyentuh hati.
"Al-Fatihah buat sahabat kami, Ridani Ghani yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Jun 2026.
"Pergimu meninggalkan seribu kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, melapangkan kuburnya, menerima segala amal kebaikannya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
"Salam takziah buat seluruh keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Al-Fatihah," katanya.
Sebelum ini, Allahyarham disahkan menghidap kanser ovari pada Oktober tahun lalu.
Keadaan kesihatannya dilaporkan semakin merosot apabila beliau ditidurkan pada Ahad. Bagaimanapun, Allahyarham kembali sedar kira-kira empat jam kemudian sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin.