Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelancaran Lagu Tema Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang Di Stesen Udara Maritim Subang

Amira

SUBANG, 17 JANUARI 2023 – Pelancaran lagu tema Filem Coast Guard telah disokong sepenuhnya oleh Union Coffee by Incite Foodtech yang merupakan penaja utama bagi majlis ini. Pelancaran dengan gimik yang sangat menakjubkan itu telah disempurnakan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kementerian Dalam Negeri serta turut diraikan oleh Laksamana (M) Dato’ Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Lagu ‘YES SIR’ terbitan Cof Music menampilkan Zamani sebagai penyanyi utama dan gabungan penyanyi rap iaitu Ariff Peter yang juga merupakan penulis lirik bersama Hasril, Otromen, dan Nass. Menariknya, lirik lagu ‘Yes Sir’ ini diinspirasikan khusus untuk filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang terpaksa berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya menjadi tebusan.

Berikut merupakan info berkenaan lagu tema filem aksi hebat ini :

Tajuk Lagu: YES SIR Lirik: Ariff Peter, Pown Hasril, Otromen & Nass Penyanyi: Zamani ft Ariff Peter Durasi: 3.02 minit Music Arrangement : Pown Hasril & Jack Jafni Mixing: Jack Jafni Master: Jack Jafni Publishing: Cof Music Publishing Produced: Cof Music

Sebagai makluman, filem ini telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sehingga berjaya menghasilkan sebuah filem yang mengangkat operasi “Ops Helang” pasukan Maritim Malaysia. Kerjasama ini adalah semata-mata bagi memastikan penonton dapat melihat sendiri realiti bagaimana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai sebuah badan coast guard negara yang menjalankan tanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan keamanan Zon Maritim Malaysia.

Filem COAST GUARD OPS HELANG terbitan FLYING DEALS SDN.BHD & ARIE ZAHARIE PRODUCTION ini mendapat kerjasama serta edaran oleh METROWEALTH PICTURES yang bakal menemui penonton pada 2 FEBRUARI 2023 di pawagam seluruh negara termasuk SINGAPURA dan BRUNEI.