Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelancong Lelaki Trauma, Nekad Balik UK Terus Lepas Kena Cabul Dengan Monyet Ketika Tidur

Syed Faisal Sayed Muhammad
Pelancong kena cabul monyet
Kredit Sanook

Pelancong Lelaki Trauma, Nekad Balik UK Terus Lepas Kena Cabul Dengan Monyet Ketika Tidur

Seorang pelancong dari United Kingdom dilaporkan telah menjadi mangsa serangan seksual daripada seekor monyet, lapor The Thaiger.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan terlupa untuk menutup tingkap bilik hotelnya dan akhirnya membawa kepada serangan seksual yang tidak dijangka daripada seekor monyet berekor panjang.

Mangsa telah mengembara dari England ke Kemboja untuk bercuti bersama rakan-rakannya.

Pada malam kejadian, mangsa keletihan dan telah tertidur dalam keadaan bilik hotelnya tidak ditutup.

Ketika mangsa sedang lena tidur, monyet tersebut telah menyelinap ke dalam bilik dan menyerangnya secara seksual dengan cara yang paling menakutkan.

Monyet itu dikatakan telah menarik seluarnya dan melakukan seks oral terhadap mangsa yang sedang tidur dengan lena.

Rakan-rakan mangsa cuba membantu menghalau monyet keluar dari bilik hotel

Rakan-rakan mangsa yang terkejut dengan kejadian itu cuba membantu menghalau monyet tersebut.

Mereka keluar dari bilik dan memanggil monyet itu dari tingkap dengan berhati-hati agar tidak menakutkannya kerana khuatir ia akan menyerang mangsa.

Susulan kekecohan itu, mangsa telah tersedar dan terkejut dengan kejadian ngeri yang terjadi kepada dirinya.

Difahamkan, selepas kejadian itu, mangsa terus menempah penerbangan pulang ke England.

Kejadian ngeri itu juga telah berjaya dirakam oleh rakan-rakan mangsa menerusi klip 20 saat bersama beberapa gambar.

“Sebaik mengejut mangsa, dia terus terbang pulang ke rumah. Tiada siapa yang dapat menahannya.

“Ini akan menjadi cerita terbesar yang pernah ada. Ia gila terutama dengan gambar yang berjaya dirakam menjadikannya lebih gila.

“Tidak, ia menjijikkan. Saya ketawa apabila melihat gambar itu, tetapi saya tak tahan apabila mendengar ketawa dalam klip itu,” cerita rakan-rakan mangsa.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Cerita ngeri itu telah dikongsikan di Twitter dan menarik lebih 2.6 juta tontonan dalam masa kurang daripada 24 jam.

Untuk maklumat, kera dan cimpanzi juga akan melakukan aktiviti seksual untuk tujuan keseronokan, sama seperti manusia.

Pakar menjelaskan bahawa monyet ekor panjang telah menggunakan batu sebagai mainan seks.

Sumber: The Thaiger